Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Pahang

SASARAN KUTIPANKUTIPAN TERKINIBAKI KUTIPANSTATUS
RM 3,500,000.00 RM 3,500,000.00Selesai

Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Pahang terletak di atas tapak tanah wakaf seluas 4.3 ekar di Kg. Pahang,Kuantan

Kompleks Asnaf MUIP adalah satu penempatan yang diwujudkan untuk untuk memberi perkhidmatan perlindungan kepada asnaf; secara asasnya kompleks ini telah melindungi asnaf fakir, miskin, muallaf, gharimin, riqab dan fisabilillah. Ianya telah dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf seluas 3.4 ekar di Kampung Pahang, Kuantan dengan kos pembinaan berjumlah RM3.5 juta.

Kompleks ini telah mula beroperasi pada Oktober 2010 dan telah memberi manfaat kepada ratusan kes yang dirujuk oleh badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, orang perseorangan untuk penempatan sementara. Namun begitu, beberapa orang penghuni telah dikembalikan kepada keluarga masing-masing berikutan kehilangan keupayaan mengurus diri serta ingin berdikari. Terdapat juga penghuni yang telah meninggal dunia dan telah diuruskan kebajikan almarhum/almarhumah oleh pihak kompleks ini.

Konsep perlindungan yang diberikan oleh Kompleks Asnaf MUIP adalah secara sukarela; bagaimanapun penghuni yang diterima untuk tinggal di penempatan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan untuk memastikan kebajikan dan keharmonian diantara warga Kompleks Asnaf MUIP dapat dinikmati bersama.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk penghuni-penghuni Kompleks Asnaf MUIP. Selain rutin harian mereka bersolat berjemaah dan mengaji, penghuni juga digalakkan terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam dan menghiasi kediaman masing-masing untuk memenuhi masa yang terluang. Kompleks ini juga menerima kunjungan-kunjungan luar terutamanya dari sekolah-sekolah, NGO dan pelbagai agensi.

Kompleks Asnaf MUIP telah menjalinkan kerjasama yang baik daripada jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, badan-badan berkanun, agensi-agensi, NGO tempatan termasuk Hospital Tengku Ampuan Afzan telah memudahkan gerak kerja dan melicinkan setiap gerak kerja yang dirancang oleh pengurusan Kompleks Asnaf MUIP.

Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berharap kewujudan kompleks ini dapat memberi manfaat kepada golongan-golongan yang terpinggir seperti warga emas fakir miskin yang tinggal sebatang kara serta membela nasib muallaf-muallaf yang telah dihalau keluarga selepas memilih Islam sebagai agama pegangan.

Kongsi:

Senarai Projek

Institusi Pendidikan

Projek ini diwujudkan bagi memfokuskan kepada pembangunan institusi pendidikan di seluruh Negeri Pahang.

Masjid Felda Bukit Puchong

Pelan Cadangan Pembinaan Masjid Saidina Umar Felda Bukit Puchong, Triang Pahang. Proses pembinaan masjid bermula (27 Oktober 2021) Lawatan ke tapak projek bagi melihat perkembangan