Taklimat Wakaf: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang

KUANTAN, 31 MAC 2023 – Satu taklimat telah diadakan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersempena Bulan Ramadan al-Mubarak 1444H. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada kakitangan LKIM berkenaan pengurusan wakaf dan zakat di negeri Pahang. Taklimat zakat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadir Syafiq bin Rameli, Penolong Pegawai Zakat PKZ Zon Timur […]
Kuliah Maghrib Wakaf di Masjid Kg Tempoyang, Kuala Lipis

KUALA LIPIS, 17 MAC 2023 – Satu kuliah Maghrib telah dijalankan di Masjid Tempoyang sempena Bulan Zakat dan Wakaf. Penerangan tentang kelebihan berwakaf dan pengurusan wakaf di negeri Pahang telah di sampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, Pegawai Unit Pemasaran dan Dakwah Wakaf Pahang. Tujuan kuliah ini diadakan adalah sempena bulan zakat dan […]
Seminar Zakat dan Wakaf di UNIPSAS

KUANTAN, 16 MAC 2023 – Satu seminar berkenaan zakat dan wakaf telah diadakan di UNIPSAS. Seminar ini dibahagikan kepada 4 dibahagikan kepada 4 slot iaitu, Pensyariatan Zakat, Pelaksanaan Wakaf di Negeri Pahang, Pengenalan Zakat Perniagaan dan Kajian kes Zakat Harta dan Zakat Perniagaan. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang ibadah zakat dan wakaf. […]
Forum Khairul Ummah Masjid Felda Selancar 3

MUADZAM SHAH, 15 MAC 2023 – Satu forum telah diadakan oleh PKZ Zon Timur. Forum ini dijalankan untuk meperkenalkan ibadah zakat dan wakaf kepada masyarakat di Masjid Felda Selancar 3. Forum ini telah menampilkan 3 tokoh yang hebat di dalam pengurusan zakat dan wakaf di Negeri Pahang iaitu Ustaz Mohd Hafis bin Mohd Saad, Pegawai […]
Pelancaran Wakaf Potongan Gaji Peringkat JKM

KUANTAN, 14 MAC 2023 – Wakaf Pahang dengan kerjasama JKM Pahang telah melancarkan satu program pelancaran wakaf secara potongan gaji peringkat JKM. Program tersebut bertujuan menggalakkan kakitangan JKM Pahang untuk melaksanakan ibadah wakaf secara potongan gaji melalui Wakaf Pahang. Ia juga secara tidak langsung membuka peluang dan ruang kepada kakitangan JKM untuk melaksanakan ibadah wakaf […]
Street Dakwah Pekan Sehari, Temerloh

TEMERLOH, 12 MAC 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Zon Tengah telah melaksanakan satu program street dakwah di Pekan Sehari, Temerloh. Program yang berlangsung bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengahari ini bertujuan untuk menyebarkan dakwah berkaitan ibadah zakat dan wakaf serta mengajak pengunjung untuk berwakaf dan tunaikan zakat. YH Dato’ Haji […]
Street Dakwah Car Boot Sale, Temerloh

TEMERLOH, 11 MAC 2023 – Sempena Bulan Zakat dan Wakaf, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Cawangan Temerloh telah mengadakan Street Dakwah di Car Boot Sale Temerloh. Tujuan street dakwah ini diadakan untuk memperkenalkan dan mengajak kepada pengunjung terhadap ibadah zakat dan wakaf. Pada program tersebut, kaunter zakat dan wakaf turut dibuka untuk memudahkan pengunjung […]
Taklimat Wakaf di IPD Bentong

BENTONG, 9 MAC 2023 – Satu taklimat wakaf telah diadakan di IPD Bentong yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh. Lebih 30 pegawai dan anggota yang terlibat sama di dalam taklimat tersebut. Tujuan taklimat tersebut dilaksanakan adalah untuk menerangkan berkaitan pengurusan wakaf kepada pegawai dan anggota di IPD Bentong di samping membuka peluang […]
Street Dakwah Pekan Sari Dong, Raub

RAUB, 8 MAC 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Zon Barat telah mengadakan Street Dakwah di Pekan Sari Dong, Raub. Ia bertujuan untuk menyebarkan dan memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan ibadah zakat dan wakaf. Kaunter zakat dan wakaf turut dibuka untuk memudahkan para pengunjung untuk melaksanakan atau mengetahui dengan lebih mendalam tentang ibadah […]
Taklimat Wakaf Bersama Guru Besar-Guru Besar Di PPD Lipis

LIPIS, 8 MAC 2023 – Dalam satu program yang dianjurkan oleh PPD Lipis, Wakaf Pahang diberi kesempatan untuk berkongsi berkenaan pengurusan wakaf di negeri Pahang. Sebanyak 69 buah sekolah yang terlibat yang diwakili guru besar dan pengetua sekolah rendah dan menengah di seluruh Daerah Lipis. Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Qumeyza Safwan Bin Sulaiman selaku […]