Wakaf Pahang Kunjungi Perbadanan Wakaf Selangor Sebagai Persediaan Penubuhan Perbadanan

SELANGOR, 21 MEI 2024 – Dalam usaha memperkukuh dan memperkemas pengurusan serta pentadbiran wakaf di negeri Pahang, delegasi dari Wakaf Pahang telah melakukan kunjung hormat ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Lawatan yang berlangsung selama sehari itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman daripada PWS yang sudah lama beroperasi dan mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam pengurusan […]

Wakaf Pahang Perkenal Tabung Wakaf Masjid

KUANTAN, 20 MEI 2024 – Wakaf Pahang telah melancarkan inisiatif terbaru mereka, Tabung Wakaf Masjid dalam satu taklimat yang diadakan di Dewan Shahbandar, Masjid Negeri Pahang, Kuantan. Inisiatif ini diwujudkan dengan matlamat untuk mengumpul dana wakaf bagi pembangunan dan penyelenggaraan di masjid-masjid yang terpilih di seluruh Pahang. Sesi taklimat yang diadakan melibatkan pembentangan garis panduan […]

Wakaf Pahang Santuni Pewakaf di Tiga Daerah

PAHANG, 16 MEI 2024 – Wakaf Pahang terus menunjukkan komitmennya dalam memudahkan urusan pewakafan tanah dengan menyantuni tiga pewakaf di tiga daerah berbeza. Inisiatif ini melibatkan Mahadi Bi Ahmad di Jengka, Mohd Ferdaus Bin Mohd Ibrahim di Temerloh, dan AB Rahman Bin Mohd Tahir di Bentong. Ustaz Fariduddin dari Unit Pemasaran dan Dakwah Wakaf Pahang […]

Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Lembaga Pembangunan Tioman & Pelbagai Agensi

TIOMAN, 15 MEI 2024 – Kaunter Wakaf Pahang dibuka dengan penuh semangat dalam program Hari Bertemu Pelanggan yang berlangsung di Pulau Tioman. Sebagai wakil dari Wakaf Pahang, tujuan utama kami adalah untuk memudahkan proses pewakafan serta memberikan maklumat yang diperlukan kepada penduduk tempatan dan pengunjung yang berminat menyumbang kepada projek-projek pembangunan dan kebajikan di pulau […]

Penyerahan Tanah Wakaf Seluas 2 Ekar di Raub

BENTONG, 14 MEI 2024 – Wakaf tanah semakin menjadi perhatian masyarakat di negeri Pahang dalam menyahut seruan amalan berwakaf.Salah seorang penduduk tempatan iaitu En Husri Bin Hassan hari ini telah menyerahkan 1 lot tanah seluas 2 ekar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf. Dalam satu […]

Diskusi Zakat & Wakaf Di Surau Kg Cempaka, Kuantan

KUANTAN, 13 MEI 2024 – Program Diskusi Wakaf : Membina Mahligai Di Syurga telah berlangsung dengan jayanya di Surau Kg Cempaka, Kuantan. Program ini telah mendapat sambutan dari komuniti setempat dengan kehadiran lebih 50 orang yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam terhadap pemahaman konsep wakaf wakaf yang dilaksanakan oleh Wakaf Pahang. Diskusi ini menampilkan ahli […]

Forum Kepentingan Zakat dan Wakaf di Masjid Kayangan Berinchang, Cameron Highlands, Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 8 MEI 2024 – Suasana penuh semangat memeriahkan forum kepentingan zakat dan wakaf yang dihadiri oleh Pengerusi dan ahli jemaah masjid serta penduduk tempatan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai amalan zakat dan wakaf dalam kehidupan masyarakat di negeri Pahang telah berlangsung di Masjid Kayangan, Berinchang, Cameron Highlands. Ustaz Mohd […]

Diskusi Zakat & Wakaf di Masjid Kg Raja, Cameron Highland

CAMERON HIGHLANDS, 8 MEI 2024 – Program diskusi bertajuk ” Zakat & Wakaf: Pentingnya Peranan Masyarakat” telah diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat isu-isu berkaitan zakat dan wakaf serta pentingnya peranan masyarakat dalam menyokong amalan kedua-dua konsep tersebut. Program tersebut menampilkan dua orang ahli panel iaitu Tuan Hj Azmi Bin Othman, Ketua Bahagian Korporat & Dakwah […]

Diskusi Zakat & Wakaf di Masjid Tanah Rata, Cameron Highland

CAMERON HIGHLANDS, 8 MEI 2024 – Satu diskusi mengenai peranan zakat dan wakaf dalam mengurus sosio ekonomi umat Islam telah  diadakan di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, Cameron Highlands. Ini merupakan satu lagi program dalam siri jelajah oleh Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang dalam usaha menyebarluas pengetahuan mengenai zakat dan wakaf ke seluruh negeri […]

Penyerahan Dana Wakaf Masjid Kg Telok Sentang, Temerloh

TEMERLOH, 6 MEI 2024 – Serahan dana wakaf kepada Masjid Kg Telok Sentang, Temerloh telah dilaksanakan dengan jayanya bagi tujuan baik pulih prasarana masjid supaya dapatmenyuburkan jalinan kebersamaan dan kesucian tempat ibadah.   Kemudian, Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh mengisi masa antara maghrib dan isyak dengan pencerahan ilmu melalui kuliah Maghrib berkaitan pengurusan Wakaf […]