Diskusi Wakaf di Masjid Fatimah Azzahrah Indera Sempurna

Kuantan 15 Ogos 2024 – Masjid Fatimah Az-Zahrah Indera Sempurna telah mengadakan satu Diskusi Wakaf dengan tajuk “Membina Mahligai Syurga” dengan kerjasama Wakaf Pahang. Alhamdulillah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat yang dihadiri oleh lebih 100 jemaah untuk mendengar penerangan daripada ahli panel. Panel utama, Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Syakir bin Dato’ Haji Mohd Taib, […]
WAKAF PAHANG SUMBANG RM10,000 KEPADA MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 UNTUK PENYEDIAAN KERUSI/BANGKU LOGAM

Kuantan, 9 Ogos 2024 – Wakaf Pahang terus komited dalam usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan jemaah dengan menyumbang dana wakaf sebanyak RM10,000 kepada Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Sumbangan ini bertujuan untuk menyediakan kerusi bangku/logam bagi kemudahan beristirahat jemaah masjid. Majlis ringkas serahan sumbangan ini telah diadakan selepas selesai solat Jumaat dan disampaikan oleh YH. […]
BENGKEL GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN MASJID/SURAU PAHANG

Bentong, 6 Ogos 2024 – Bengkel Garis Panduan Pengurusan dan Pembangunan Masjid/Surau di negeri Pahang berjaya diadakan dengan jayanya dari 4 hingga 6 Ogos 2024 di Suria Hotspring, Bentong. Program ini dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan melibatkan pelbagai agensi penting seperti Wakaf Pahang, Majlis Perbandaran Temerloh, Jabatan Bomba […]
Diskusi Wakaf di Masjid Tepian Putra, Kuantan

KUANTAN, 1 OGOS 2024 – satu diskusi wakaf yang berfokus pada mempromosikan kesedaran dan manfaat wakaf telah diadakan di Masjid Tepian Putra, Kuantan. Diskusi ini dihadiri oleh ahli kariah dan penduduk setempat yang berminat untuk memahami dengan lebih mendalam konsep dan kepentingan wakaf dalam masyarakat. Panel diskusi ini dipimpin oleh YBrs Dr. Mohd Syakir bin […]
Diskusi Wakaf di Masjid Bukit Rangin

KUANTAN, 26 JULAI 2024 – Dalam usaha berterusan, Wakaf Pahang mengadakan satu diskusi wakaf bertajuk “Membina Mahligai Syurga” yang diadakan di Masjid Bukit Rangin. Diskusi ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai harta wakaf serta menyemarakkan semangat untuk menyumbang kepada kepentingan ummah. Diskusi ini menampilkan dua panelis iaitu YH Dato Hj Halidan Bin Md […]
Taklimat Wakaf di SMK Tengku Abdullah, Pekan

PEKAN, 25 Julai 2024 – Sebuah taklimat mengenai wakaf telah diadakan di SMK Tengku Abdullah, Pekan. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, pegawai dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang. Dalam sesi taklimat tersebut, Ustaz Muhammad Fariduddin memberikan penerangan mengenai konsep dan kepentingan wakaf dalam masyarakat Islam. Beliau menekankan peranan wakaf […]
Diskusi Wakaf di Masjid Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN, 19 JULAI 2024 – Masjid Tengku Ampuan Afzan menjadi tuan rumah bagi diskusi wakaf bertajuk “Membina Mahligai Syurga”. Program ini dianjurkan oleh Wakaf Pahang dengan kerjasama pihak masjid dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pemahaman umat Islam tentang pentingnya berwakaf. Diskusi ini dipimpin oleh YBrs Dr. Mohd Syakir bin Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar […]
Kaunter Zakat dan Wakaf di Program Minggu Penyelidikan dan Inovasi UnIPSAS

KUANTAN, 18 Julai 2024 – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah mengadakan Program Minggu Penyelidikan dan Inovasi yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Program ini berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, UnIPSAS dan disertai oleh pelbagai […]
Taklimat di SMK Mat Kilau, Kuantan

KUANTAN, 13 JULAI 2024 – Satu taklimat penting telah diadakan di SMK Mat Kilau yang dihadiri oleh guru-guru sekolah tersebut. Penceramah utama dalam majlis ini ialah Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang. Beliau memberikan pencerahan mengenai peranan dan kepentingan wakaf dalam lima bidang utama, iaitu pendidikan, kesihatan, sosial, […]
Majlis Perasmian Surau An Nur di Sekolah Kebangsaan (SK) Chengal Lempong

KUANTAN, 15 JULAI 2024 – Majlis perasmian Surau An Nur di Sekolah Kebangsaan (SK) Chengal Lempong telah disempurnakan dengan penuh gemilang oleh Timbalan Pengurus Wakaf Pahang, YBhg Dr. Mohd Syakir Bin Dato Haji Mohd Taib. Majlis yang diadakan pagi tadi turut dihadiri oleh Encik Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh dari Unit Dakwah dan Pemasaran Wakaf […]