Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021 bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan agar memberikan hak pelantikan kepada Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB) sebagai ejen kutipan wakaf tunai dan bersama-sama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk mengurus projek wakaf terpilih melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB).
Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2024, pada 25 – 26 November 2024
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dan memutuskan bahawa :
Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2024, pada 25 – 26 November 2024
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memperakui jawapan Sahibus Samahah Mufti sebagaimana berikut :
Wakaf hanya sah pada bahagian tanah yang diwakafkan sahaja, dan tidak sah pada baki tanah yang tidak diwakafkan. Oleh itu, jika di daftarkan wakaf untuk keseluruhan tanah, menjadi tugas pihak berkenaan membetulkannya.
Mesyuarat menekankan bahawa sahibus Samahah Mufti dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bukanlah pihak yang boleh menentukan fakta kes berkenaan benarkan berlaku kesilapan tersebut. Sebaliknya ia adalah bidang kuasa pejabat tanah atau mahkamah syariah.