Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan orang ramai dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan ini merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah: –
Mafhumnya: –
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud: –
Maksudnya: –
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Selain itu, Wakaf juga merupakan institusi penting dalam membangunkan umat Islam bukan sahaja dari sudut keagamaan dan sosial, malah ia juga melibatkan pembangunan sumber ekonomi. Pembangunan yang dikehendaki oleh Islam ialah pembangunan yang bersepadu iaitu pembangunan rohani, mental, fizikal iaitu pembangunan insan Muslim agar menjadi mukmin yang solih.
Wakaf memainkan peranan dalam membangunkan insan kerana dengan mewakafkan harta yang dikasihinya untuk kepentingan umum akan mendidik jiwanya menjadi seorang yang berjaya mengikis rasa bakhil dan kedekut, seterusnya menanamkan sifat pemurah, mengikis sifat mementingkan diri, dan menanam sifat bertimbang rasa, kasih kepada ummah, memperteguhkan persaudaraan Islam, menanamkan sifat kekitaan sesama muslim, mengikis sikap terlalu kasih kepada dunia dan menanamkan sifat menjadikan harta kekayaan ini sebagai jambatan yang akan menyampaikannya kepada keredaan Allah SWT.
Justeru, wakaf adalah suatu perkara yang amat digalakkan oleh syarak. Ia bertujuan peribadatan dan kebajikan serta salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Al-Quran telah menyediakan asas kukuh dalam mendorong amalan berwakaf menerusi ayat-ayat mengenai konsep bersedekah yang dikaitkan dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah WST (taqarrub) dan melakukan amal kebajikan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT pada hari akhirat kelak. Allah SWT juga melipatgandakan ganjaran kepada sesiapa yang menginfakkan hartanya di jalan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Pensyariatan dalam perwakafan harta adalah berasaskan tuntutan firman Allah SWT yang bermaksud :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Al-Imran ayat 92)
Anas R.A meriwayatkan bahawa sebaik mendengar ayat di atas, Abu Talhah telah meminta penjelasan lanjut daripada Rasulullah S.A.W tentang maksud ayat tersebut. Rasulullah S.A.W telah menjelaskan bahawa antar sedekah harta yang dimaksudkan ayat ini adalah ibadah wakaf.
Al-Rafa’I telah mentafsirkan maksud kebajikan dalam ayat di atas adalah wakaf iaitu satu-satunya ibadah dikategorikan sebagai sedekah jariah kerana kebajikan yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala berterusan walaupun pewakafnya telah meninggal dunia,selagi harta tersebut dimanfaatkan untuk kebajikan seperti yang dinyatakan dalam hadis yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila mati seseorang anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang akan mendoakannya” (Hadis Riwayat Muslim)
Perkataan wakaf secara umumnya membawa maksud sesuatu yang didermakan untuk kegunaan orang ramai atau bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam dengan tujuan mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T
Wakaf Menurut Bahasa Dan Istilah
Perkataan wakaf berasal dari terma waqf atau awqaf dalam Bahasa Arab yang memberi erti menahan, tegah atau berhenti. Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .
Wakaf Menurut Syarak
Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara (sorih) terang, atau (kinayah) sindiran, di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus. Dari segi istilah ia bermaksud menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Harta yang diwakafkan hendaklah berada dalam keadaan yang baik, kekal dan tujuan ia melakukan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memberi kebajikan kepada orang lain. Pewakaf juga tidak lagi mempunyai hak ke atas harta wakaf tersebut.
Rukun wakaf merupakan perkara-perkara yang perlu ada untuk mewaqafkan sesuatu. Ketiadaan salah satu daripada rukun ini boleh menyebabkan amalan wakaf yang dilakukan tidak sah. Dalam membicarakan rukun–rukun wakaf para fukaha membahagikannya kepada empat iaitu:
Wakaf mempunyai dua jenis, iaitu wakaf am dan wakaf khas.:
Wakaf merupakan satu instrument tabarru’ (sedekah) atau dikenali sebagai sedekah jariah yang berkekalan pahalanya. Wakaf mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri jika ia dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T.
Allah s.w.t telah berfirman : Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
(Ayat 115, Surah Ali’ Imran)
Antara hikmah yang terdapat di dalam ibadah wakaf ialah:
Wakaf
Waqaf/wakaf adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan syarat-syarat berikut:
Sedekah
Sedekah ialah amalan menyerahkan apa-apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan dan pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T Sedekah boleh dilakukan dalam apa jua bentuk harta seperti makanan, pakaian, barangan, wang dan harta yang kekal .
Dalil Al-Quran yang menggalakkan amalan bersedekah ialah adalah seperti berikut:
“Dan yang dikatakan berbuat baik ialah orang yang memberikan harta yang dicintai kepada saudaranya yang miskin, anak-anak yatim, orang miskin, ibnu sabil dan orang yang berhajat” (Surah Al-Baqarah: 177)