Projek Pembinaan Akademi Kompleks Al Fathonah, Janda Baik
(Pertubuhan Kebajikan Al-Fathonah)
Sejak penubuhannya pada Januari 2015, PERKEFA telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan Islam yang berkualiti dan menyeluruh di Janda Baik melalui institusi seperti:
Tadika Tahfiz Al-Fathonah
Pusat Jagaan Harian (Transit) Al-Fathonah
Sekolah Rendah Integrasi Al-Fathonah
KAFA Al-Fathonah
Program Cuti Sekolah Fathonah
Kini, dengan lebih 100 pelajar di bawah seliaan PERKEFA, kami berhasrat untuk terus berkembang demi manfaat masyarakat.
MATLAMAT PROJEK:
Membina sebuah bangunan utama yang lengkap dan kondusif.
Memenuhi keperluan pendidikan komuniti dari peringkat tadika hingga menengah.
Menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa dan sistematik.
CADANGAN PROJEK:
Pembinaan 1 blok bangunan pendidikan lengkap
Anggaran Kos: RM1,000,000
(Merangkumi binaan, pendawaian, paip, perabot & kelengkapan)
Sumbangan & Kerjasama Anda Amat Diperlukan!
Mari bersama menyumbang dalam membina masa depan pendidikan Islam yang gemilang.