Kolej Kediaman Mawaddah adalah satu penempatan atau kediaman yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan perlindungan kepada Mahasiswa dalam kalangan anak yatim atau Asnaf. Ia akan dibangunan diatas sebidang tanah seluas 2.0 ekar di Universiti Malaysia Pahang, Kuala Pahang , Pekan dengan kos pembinaan berjumlah RM5 juta.
Kolej ini di inisiatifkan oleh pengurusan universiti dan telah diluluskan permohonan wakaf oleh Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada September 2016. UMP dan MUIP mengambil langkah proaktif bagi merealisasikan hasrat ini memandangkan terdapat pelajar yang mempunyai masalah kewangan serta kos sewa rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun yang perlu ditanggung oleh pelajar.
Kolej Kediaman ini dijadualkan pembinaan pada 2017 dan dijangka siap pada 2018 yang akan memberi manfaat kepada 220 orang mahasiswa dari golongan anak yatim dan asnaf.