Mahkota Heights merupakan sebuah taman perumahan baharu, yang terletak di lndera Mahkota 11, Kuantan. la telah mula diduduki sejak tahun 2016 dan majoriti penduduk adalah beragama Islam.
Kawasan perumahan ini juga bersebelahan dengan Atabara Residences yang mana terdapat hampir 50 lot rumah yang diduduki dan unit-unit yang masih dalam pembinaan. Kawasan perumahan berkenaan juga tidak mempunyai surau. Buat masa ini, penduduk Mahkota Heights menggunakan satu lot rumah sebagai surau sementara bermula pada bulan Ramadhan 2021 M/1442H, namun kapasiti untuk melaksanakan solat berjemaah adalah terhad.
Satu jawatankuasa penaja dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau di dalam taman perumahan ini. Jawatankuasa ini adalah di bawah naungan Persatuan Perumahan Mahkota Heights (PPMH), sebuah pertubuhan kejiranan yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.