Pembinaan surau ini bagi menyediakan tempat yang kondusif untuk pelajar menghafaz Al-Quran dan melaksanakan aktiviti kerohanian. Pelaksanaan program pengajian dan pembelajaran di kalangan pelajar puteri juga dapat dimaksimakan. Ia juga dapat memantapkan kualiti dan prestasi pelajar dalam tahfiz serta sahsiah terpuji.