Pada penghujung 2019 pihak KISWAH memutuskan untuk melebarluaskan dakwah dengan membina sebuah pusat pengajian dewasa atau pondok dewasa yang dikenali Pondok Zawiyah KISWAH. Pada Oktober 2022, kerja-kerja tanah yang melibatkan proses ‘levelling’ telah selesai dan menelan kos RM574,760. Kerja-kerja tanah telah selesai pada bulan Ogos 2023. Setelah selesai kerja tanah tumpuan pertubuhan adalah untuk membina sebuah surau yang bakal menjadi pusat pengajian utama dan ibadah untuk warga Madrasah Pondok Zawiyah Kiswah.