Penyediaan sebuah bot khas ini bagi membawa jenazah ke tanah besar apabila berlaku kematian samada melibatkan penduduk atau pelancong. Buat masa ini pengangkuatan keluar bagi kes kecemasan akan menggunakan bot ambulan Kementerian Kesihatan yang berpusat di Klinik Kesihatan Kg Tekek atau melalui penerbangan ikhsan oleh pihak keselamatan. Sementara bagi kes kematian, jenazah akan dibawa menggunakan bot yang disewa khas oleh waris atau bot polis sekiranya melibatkan kes yang belum selesai.
Mengikut rekod Klinik Kesihatan Kg Tekek purata kes kecemasan dan kematian yang dibawa keluar menggunakan bot ambulan dan bot persendirian bagi tempoh 2019 hingga 2021 masing-masing adalah 3.41 kes (kecemasan) dan 0.81 kes (kematian) bagi setiap bulan. Berdasarkan kepada statistik tersebut purata kes membawa jenazah ke tanah besar adalah kurang dari satu (1) orang sebulan. Penyediaan bot jenazah ini disesuaikan dengan keperluan semasa dan bukan semata-mata untuk tujuan membawa jenazah.
Selain tujuan utama bot untuk membawa jenazah, ianya juga boleh digunakan untuk perkara lain yang bermanfaat dan ekonomik seperti berikut:-
(Jenazah yang dikendalikan merangkumi semua bangsa dan ugama)