Masjid Saidina Abu Bakar merupakan pusat utama kerohanian di POLISAS. Selain menjadi tempat ibadah, masjid ini juga berfungsi sebagai pusat dakwah, ceramah, tazkirah, kelas agama serta aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Islam.
Namun, struktur masjid kini memerlukan penaiktarafan dari aspek ruang solat, sistem audio, pencahayaan, kebersihan dan keselamatan. Tanpa penaiktarafan yang sewajarnya, keberkesanan program kerohanian dan pembangunan sahsiah boleh terjejas.