Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Pahang terletak di atas tapak tanah wakaf seluas 4.3 ekar di Kg. Pahang,Kuantan. Ianya telah dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf seluas 3.4 ekar di Kampung Pahang, Kuantan dengan kos pembinaan berjumlah RM3.5 juta. Satu surau telah dibangunkan menggunakan dana wakaf di dalam kompleks tersebut.
Kompleks ini telah mula beroperasi pada Oktober 2010 dan telah memberi manfaat kepada ratusan kes yang dirujuk oleh badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, orang perseorangan untuk penempatan sementara. Namun begitu, beberapa orang penghuni telah dikembalikan kepada keluarga masing-masing berikutan kehilangan keupayaan mengurus diri serta ingin berdikari. Terdapat juga penghuni yang telah meninggal dunia dan telah diuruskan kebajikan almarhum/almarhumah oleh pihak kompleks ini.
Konsep perlindungan yang diberikan oleh Kompleks Asnaf MUIP adalah secara sukarela; bagaimanapun penghuni yang diterima untuk tinggal di penempatan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan untuk memastikan kebajikan dan keharmonian diantara warga Kompleks Asnaf MUIP dapat dinikmati bersama