Janda Baik, Bentong, 30 Jun 2025 – Sempena Bulan Zakat dan Wakaf, Wakaf Pahang telah mengadakan satu sesi Taklimat Khas Wakaf bersama warga Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang yang berlangsung di Janda Baik.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, yang berkongsi penerangan berkaitan konsep asas wakaf, kepentingannya dalam pembangunan ummah, serta peluang menyumbang melalui platform rasmi Wakaf Pahang.

Program ini bertujuan menyemarakkan kefahaman dan semangat berwakaf dalam kalangan penjawat awam. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada para peserta memahami lebih mendalam mengenai peranan wakaf dalam kehidupan seharian.
Diharapkan usaha sebegini mampu menyuburkan budaya wakaf dalam kalangan masyarakat dan membuka lebih banyak peluang untuk amal jariah berpanjangan.