[Jelajah DDHA] Kuliah Dhuha Muslimat : Mengejar Husnul Khotimah

BENTONG, 19 FEBRUARI 2024 – Satu Kuliah Dhuha Muslimat sempena JELAJAH DATO’ DR. HASSAN MOHAMED ALI sempena sambutan Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang 2024 telah diadakan di ruang solat utama Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kg Baru Bentong yang di hadiri 500 orang muslimat dari sekitar Bentong. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YH Dato’ Hj Halidan […]

[Jelajah DDHA] Taklimat Bersama PAID Bentong

BENTONG, 19 FEBRUARI 2024 – Wakaf Pahang MUIP telah mengadakan program Taklimat Wakaf kepada Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Bentong . Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kakitangan terhadap konsep wakaf dan pentingnya peranan wakaf dalam pembangunan masyarakat. Dalam taklimat tersebut, Pegawai Wakaf Pahang,Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly memberikan penerangan mendalam mengenai prinsip-prinsip asas […]

Wakaf Pahang Bersama Warga Kerja MPT

TEMERLOH, 9 FEBRUARI 2024 – Program Penerangan Wakaf Pahang telah dijalankan dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Temerloh sempena sambutan bulan zakat&wakaf negeri Pahang 2024. Taklimat wakaf disampaikan oleh Dato’ Halidan, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang Muip, dihadiri seramai 80 orang kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh. Dalam taklimat tersebut, Dato’ Halidan telah berkongsi maklumat yang penting mengenai […]

Taklimat Wakaf Bersama Kakitangan JPS Pahang

KUANTAN, 8 FEBRUARI 2024 – Program Penerangan Wakaf Pahang bersama Warga Kerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang telah dijalankan dengan jayanya. Taklimat yang disampaikan oleh Dato’ Hj Halidan, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang, MUIP, memberikan pendedahan mendalam mengenai sejarah wakaf dalam Islam serta keperluan untuk kakitangan JPS berwakaf melalui potongan gaji bulanan. Dalam taklimat […]

Majlis Penyerahan Wakaf Tanah

KUANTAN, 7 FEBRUARI 2024 – Majlis Tandatangan Dokumen Penyerahan Wakaf telah dirasmikan oleh YH Dato’ Hj Halidan Bin Md Daud berlangsung dengan penuh bermakna di Kg Sungai Ular, Kuantan. Pada majlis yang bersejarah ini, sebidang tanah seluas 1 ekar telah diwakafkan oleh Tuan Hj Abdul Mutalib Bin Awang kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam […]

Taklimat Pelestarian Wakaf Tanah Bersama Pengusaha Pondok/Tahfiz/Maahad Daerah Kuantan

KUANTAN, 5 FEBRUARI 2024 – telah berlangsung Program Taklimat Wakaf Pahang bersama Pengusaha Pondok/Tahfiz/Maahad Daerah Kuantan yang bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pihak-pihak terlibat. Taklimat tersebut disampaikan oleh Dato’ Hj Halidan, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang, yang turut diadakan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Dalam taklimat tersebut, Dato’ Hj […]

Taklimat Wakaf Bersama Kakitangan JKR Pahang

KUANTAN, 31 JANUARI 2024 – Program Penerangan Wakaf Pahang telah dijalankan dengan kerjasama antara Wakaf Pahang dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Dato’ Hj Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada kakitangan JKR Pahang seramai 80 orang. Dalam […]

Taklimat Wakaf Bersama Guru-Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib

KUANTAN, 22 JANUARI 2024 – Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan menjadi tempat seterusnya berlangsungnya taklimat wakaf yang diadakan bersama guru-guru sekolah tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Pegawai Wakaf Pahang. Dalam taklimat yang berlangsung selama satu jam tersebut, Encik Mohd Farid berkongsi maklumat terperinci tentang konsep wakaf, peranan […]

Wakaf Pahang dengan kerjasama MUIP Dalam Usaha Melestarikan Pewakafan Hartanah

TEMERLOH, 17 JANUARI 2024 – Satu pertemuan telah diadakan bersama pemilik tanah serta pengusaha-pengusaha Pondok dan Maahad Tahfiz Daerah Temerloh dan Bera. Taklimat yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang MUIP bertempat di Masjid Baru Bukit Angin Temerloh. Pertemuan ini adalah bagi memberi penerangan lanjut berkaitan pewakafan […]

Taklimat Wakaf Bantu Tingkatkan Pemahaman Kakitangan SUK Negeri Pahang

KUANTAN, 21 DISEMBER 2023 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Pahang dengan kerjasama Wakaf Pahang MUIP telah mengadakan taklimat khusus yang dihadiri oleh penjawat awam negeri Pahang bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam mengenai program wakaf dan peranannya dalam pembangunan masyarakat. Taklimat yang diadakan di Dewan Blok C SUK Pahang, Kuantan ini melibatkan lebih daripada […]