Para Peguam Dapat Pendedahan

TEMERLOH, 25 OKTOBER 2023 – Satu pertemuan dengan Peguam-Peguam Syarie dan Peguam Sivil telah diadakan di Hotel Sri Malaysia Temerloh sempena program Jelajah Wakaf Dato’ Dr Hassan bin Mohd Ali. Di dalam pertemuan tersebut hampir 20 orang peguam telah hadir. Slot pertama telah disampaikan oleh Dato’ Haji Halidan bin Mohd Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat […]

Ahli Jemaah Masjid Temerloh Jaya Sangat Prihatin Wakaf

TEMERLOH, 24 OKTOBER 2023 – YBhg Dato Dr Hasan bin Mohd Ali telah mengadakan Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya sempena Jelajah Wakaf Dato Dr Hasan bin Mohd Ali baru-baru ini. Sempena kuliah yang disampaikan Dato Dr Hasan Ali, Wakaf Pahang sempat mengadakan penerangan ringkas […]

Pimpinan Rancangan Felda Jengka Sambut Baik Usaha Wakaf Pahang

BANDAR JENGKA, 18 OKTOBER 2023 – Penerangan kepada kepimpinan rancangan Felda dalam gugusan Jengka sempena Jelajah Wakaf Dato Dr Hasan bin Mohd Ali telah memberikan pendedahan yang sangat bermakna kepada  kira-kira 60 orang peserta yang hadir. Kepimpinan rancangan Felda yang terdiri dari ketua-ketua peneroka, pengerusi-pengerusi masjid serta badan dakwah disekitar bandar Jengka telah mendapat pendedahan […]

Melestarikan Wakaf Pendidikan

TEMERLOH, 12 OKTOBER 2023 – Satu pertemuan telah diadakan melalui kunjungan hormat Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah Dan Pemasaran Wakaf Pahang MUIP kepada Puan Fazliyaton Binti Isa, Pengetua SMK Abu Bakar,Temerloh. Dalam pertemuan ini, pelbagai pekara dan isu semasa berkaitan wakaf dan pendidikan dapat dikongsikan dalam usaha kerjasama antara Wakaf Pahang […]

Penghulu Mukim Jadi Jambatan Masyarakat Dalam Berwakaf

KUANTAN, 11 OKTOBER 2023 – “Penghulu Mukim di negeri Pahang  boleh membantu Wakaf Pahang MUIP dalam menyelesaikan permasalah masyarakat yang ingin mewakafkan tanah”,kata Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah Dan Pemasaran Wakaf Pahang MUIP sempena Kursus Modul Latihan Bersama Penghulu-Penghulu Mukim Siri 3, 2023 anjuran Bahagian Sumber Manusia, SUK Pahang. Menurut beliau […]

Kaunter Wakaf Pahang Sempena Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Negeri Pahang telah diadakan bermula 18 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023 yang lalu. Wakaf Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah diberi peluang untuk menyertai karnival ini dengan membuka kaunter wakaf. Pembukaan kaunter wakaf sempena Karnival Tanah Pahang memberi peluang kepada Wakaf Pahang untuk mendekati masyarakat […]

Mantan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Mewakafkan Tanah

TEMERLOH, 6 OKTOBER 2023 – “Saya hanya memikirkan saham akhirat, tiada niat lain. Semoga tanah yang kami wakafkan ini mampu membangunkan ummah,” kata Dato Indera Hj Norzan Bin Ahmad, 69. Beliau yang juga merupakan bekas Pegawai Kewangan Negeri Pahang adalah pewakaf yang telah mewakafkan tanah seluas hampir dua ekar di Kampung Sanggang, di mukim Pontian. […]

Wakaf Pahang Sumbang 158 Unit Kerusi Roda Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

KUANTAN, 5 OKTOBER 2023 – Wakaf Pahang menyumbangkan sebanyak 158 kerusi roda kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKPN) untuk diagihkan kepada 94 klinik kesihatan dan 12 hospital di negeri ini. Menurut Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan Md Daud, sumbangan bernilai RM60,000 itu merupakan sebahagian hasil kutipan dana […]

Para Peguam Lega Dan Yakin Dengan Wakaf Pahang

JERANTUT, 2 OKTOBER 2023 – Satu perjumpaan telah diadakan dengan peguam-peguam Syarie dan Sivil di daerah Jerantut sempena Bengkel Melestarikan Pewakafan Pondok dan Maahad Tahfiz bagi daerah Jerantut pada hari Isnin yang lalu. Dalam perjumpaan tersebut, seramai 8 orang peguam telah hadir bagi mendengar penerangan yang disampaikan oleh Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus […]