Taklimat Melestarikan Pewakafan Hartanah kepada Pondok dan Maahad Tahfiz di Daerah Jerantut

JERANTUT, 2 OKTOBER 2023 – Taklimat Melestarikan Pewakafan Hartanah kepada Pondok dan Maahad Tahfiz bagi daerah Jerantut telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini melibatkan lebih 15 pengusaha pondok dan maahad tahfiz dari sekitar daerah Jerantut. Taklimat yang disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Halidan bin Hj Daud, Pengurus Besar Kanan Zakat dan Wakaf Pahang telah […]

Penantian 15 Tahun tertunai bersama Wakaf Pahang

RAUB, 20 September 2023 – Dalam jelajah menyantuni pewakaf telah dilakukan oleh Pihak Wakaf Pahang yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, Dr. Mohd Syakir Bin Hj Mohd Taib telah menyerahkan Sijil Penghargaan dan Surat Ucapan terima kasih dari Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam melayu Pahang (MUIP) kepada Puan Rosnah Binti […]

Taklimat Wakaf Pahang bersama Pengusaha Pondok dan Maahad Tahfiz di Daerah Maran dan Jengka

MARAN, 13 September 2023 – Satu taklimat wakaf telah diadakan Dewan PAID Maran bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pengurusan wakaf di negeri Pahang. Seramai lebih 20 orang pengusaha pondok dan maahad tahfiz turut terlibat di dalam taklimat tersebut. Taklimat wakaf yang berlangsung selama satu jam itu telah disampaikan oleh Ybhg. Dato Hj Halidan Bin Daud […]

Pasangan Suami Isteri Wakafkan Rumah Dan Tanah

PEKAN, 5 SEPTEMBER 2023 – Pasangan suami isteri, Encik Abu Bakar Bin Abdullah dan Puan Norhayati Binti Che Man, telah mewakafkan rumah dan tanah mereka melalui Wakaf Pahang MUIP untuk dimanfaatkan. Tindakan ini telah menarik perhatian ramai dan mendapat pujian masyarakat kampung sebagai contoh keprihatinan dan kecintaan terhadap amalan wakaf. Rumah yang terletak di Kg.Paloh […]

UCYP Jalin Kerjasama Bersama Wakaf Pahang

KUANTAN, 9 OGOS 2023 – Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) menjadi institusi perintis dalam menjayakan projek wakaf pendidikan melalui Pembangunan Koleksi Bahan Bacaan Pustakaan. Kerjasama yang dimeterai itu dilihat mampu membina hubungan sinergi antara universiti dan masyarakat. Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dato’ Hj Halidan bin Md Daud berkata, projek ini […]

Impian Terlaksana di Wakaf Pahang

TEMERLOH, 14 Jun 2023 –  Pihak Wakaf Pahang yang diwakili oleh Pengurus Wakaf Pahang, Encik Qumeyza Safwan bin Sulaiman telah menyerahkan Sijil Penghargaan dan Surat Ucapan Terima kasih dari Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam melayu Pahang (MUIP) kepada Tuan Mohd Norawi Bin Abdul Rahman di atas pewakafan tanah miliknya di daerah Bentong, […]

Niat Pewakaf Tertunai

Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Encik Zakaria bin Deraman yang mewakafkan sebidang tanah seluas 1 ekar kepada Wakaf Pahang. Tanah tersebut diwakafkan atas tujuan penggunaan wakaf kubur di Kampung Serengkam, Maran. Beliau berharap agar tanah yang diwakafkan ini mampu memberi […]

Wakaf mendekatkan diri dengan ALLAH

APABILA berbicara tentang wakaf, ingatan penulis terarah kepada sikap dermawan khalifah Islam ketiga, Usman bin Affan RA. Beliau sanggup membeli perigi dan diwakafkan untuk kegunaan penduduk Madinah tatkala berlaku bencana kekeringan di kota berkenaan. Sungguh mulia sikap sahabat Rasulullah SAW itu membantu dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk Madinah. Satu lagi kisah juga berkaitan dengan […]

Bual Bicara Kewangan Islam

KUANTAN, 18 APRIL 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah mengadakan satu program bual bicara kewangan Islam bertempat di Masjid Tepian Putra Kuantan. Bual bicara ini telah menampilkan individu yang tidak asing lagi di dalam dunia pelaburan saham iaitu Datuk Haji Mohd Asri Bin Hj. Ahmad, Mentor Pelaburan Saham Syariah. Datuk Haji Mohd […]

Taklimat Wakaf Pahang di JKR Bentong

BENTONG, 13 APRIL 2023 – Satu taklimat wakaf telah diadakan di JKR Bentong. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pengurusan wakaf di negeri Pahang. Seramai lebih 30 kakitangan JKR terlibat di dalam taklimat tersebut. Taklimat wakaf tersebut berlangsung selama satu jam dan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh, pegawai Dakwah dan […]