Membina Mahligai Syurga: Diskusi Wakaf di Masjid Tareq bin Ziyad, Kempadang, Kuantan

Kuantan – 14 Jun 2024, Sebuah diskusi bertemakan “Membina Mahligai Syurga” telah diadakan di Masjid Tareq bin Ziyad, Kempadang, Kuantan. Diskusi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang konsep serta pelaksanaan Wakaf di Pahang, melibatkan pelbagai latar belakang jemaah yang hadir tidak kira umur. Mereka membincangkan kepentingan wakaf dalam membangunkan ekonomi ummah serta potensi […]
Diskusi Wakaf Di Masjid Al-Hidayah, Paya Besar, Kuantan

KUANTAN, 13 JUN 2024 – Masjid Al-Hidayah, Paya Besar, menjadi tempat berlangsungnya diskusi bertajuk “Membina Mahligai Syurga.” Diskui ini dipimpin oleh YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Moderator dalam diskusi ini adalah Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang. […]
Diskusi Wakaf di Masjid Sungai Isap, Kuantan

KUANTAN, 11 JUN 2024 – Wakaf Pahang menganjurkan diskusi wakaf bertajuk “Membina Mahligai Syurga,” dipimpin oleh Timbalan Pengurus Besar, YBrs Dr. Mohd Syakir bin Mohd Taib di Masjid Sungai Isap Kuantan . Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang wakaf dan peranannya dalam pembangunan masyarakat. Dr. Mohd Syakir berkongsi maklumat mengenai jenis-jenis wakaf, manfaatnya, serta […]
Wakaf Pahang di Karnival Tanah Pahang peringkat daerah Kuantan 2024

Kuantan, 8 Jun 2024 – Wakaf Pahang turut serta dalam Karnival Tanah Pahang peringkat daerah Kuantan 2024 yang diadakan di Mega Mall selama dua hari bermula dari 8 Jun hingga 9 Jun 2024. Karnival tersebut bertujuan untuk memperkenalkan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf dalam pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial. Pengunjung karnival menghadiri booth […]
Diskusi Wakaf Di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih, Kuantan

Kuantan, 6 Jun 2024 – Diskusi bertemakan “Membina Mahligai Syurga” yang diadakan hari ini di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih, mendapat sambutan daripada qariah cenderawasih. Diskusi yang dianjurkan oleh Wakaf Pahang ini menampilkan YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, serta moderator oleh Ustaz Mohd Farid […]
Diskusi Wakaf Di Masjid Kampung Padang, Kuantan

Kuantan, 31 Mei 2024 – Satu diskusi yang bertemakan “Diskusi Wakaf: Membina Mahligai Syurga” telah diadakan di Masjid Kampung Padang pada 31 Mei 2024 selepas solat maghrib. Diskusi ini menampilkan ahli panel yang hebat yang terdiri daripada YH Dato’ Hj Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang dan Ustaz […]