Kuantan, 8 Jun 2024 – Wakaf Pahang turut serta dalam Karnival Tanah Pahang peringkat daerah Kuantan 2024 yang diadakan di Mega Mall selama dua hari bermula dari 8 Jun hingga 9 Jun 2024. Karnival tersebut bertujuan untuk memperkenalkan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan wakaf dalam pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial.
Pengunjung karnival menghadiri booth yang menyediakan maklumat mengenai Wakaf Pahang, ceramah mengenai konsep wakaf untuk mendorong penglibatan aktif dalam amalan wakaf. Selain itu, terdapat juga inisiatif wakaf yang telah dilaksanakan di seluruh Pahang.

“Karnival Tanah Pahang di Mega Mall ini adalah satu platform yang baik bagi kami untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat, menjelaskan manfaat wakaf serta menggalakkan mereka untuk menyokong dan menyumbang dalam usaha-usaha wakaf di Negeri Pahang ini.”
Karnival ini turut mendapat sambutan yang hangat dari pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara mereka boleh menyumbang melalui wakaf untuk kebaikan bersama. Wakaf Pahang berharap agar kehadiran mereka dalam karnival ini dapat memberi kesedaran yang lebih mendalam dan menginspirasi lebih ramai orang untuk terlibat dalam amalan wakaf, membina masyarakat yang lebih berkembang dan harmonis di Kuantan.