Ahli Jemaah Masjid Temerloh Jaya Sangat Prihatin Wakaf

TEMERLOH, 24 OKTOBER 2023 – YBhg Dato Dr Hasan bin Mohd Ali telah mengadakan Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya sempena Jelajah Wakaf Dato Dr Hasan bin Mohd Ali baru-baru ini. Sempena kuliah yang disampaikan Dato Dr Hasan Ali, Wakaf Pahang sempat mengadakan penerangan ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid Ramly, Ketua Bahagian Penerangan dan Dakwah Wakaf Pahang.

            Sambutan yang diberikan oleh ahli jemaah masjid sangat memberansangkan di mana kutipan wakaf tunai yang diterima adalah tertinggi dalam siri jelajah wakaf sehingga kini.

            Wakaf Pahang telah memaklumkan bahawa seorang ahli jemaah dari masjid ini telah mewakafkan sekeping tanah seluas 7 ekar. Tanah Wakaf yang terletak di Kampung Lebu, Bentong ini akan dibangunkan oleh Dato Dr Hasan Ali sebagai mutawalli yang dilantik oleh Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam Pahang.