KUANTAN, 18 APRIL 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah mengadakan satu program bual bicara kewangan Islam bertempat di Masjid Tepian Putra Kuantan. Bual bicara ini telah menampilkan individu yang tidak asing lagi di dalam dunia pelaburan saham iaitu Datuk Haji Mohd Asri Bin Hj. Ahmad, Mentor Pelaburan Saham Syariah.
Datuk Haji Mohd Asri telah menerangkan secara asas tentang kewangan Islam yang sebenar agar tidak terjerumus di dalam perkara-perkara yang haram kelak. Beliau juga memberi nasihat supaya dapat menguruskan kewangan dengan baik agar tidak menyesal di kemudian hari. Pengurusan kewangan yang baik ini dapat memberi kesan yang positif dan boleh menguntungkan seseorang. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada jemaah. Di samping itu, turut dibuka kaunter wakaf dan zakat bagi memudahkan untuk para jemaah berwakaf dan menunaikan zakat harta.
Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat memberi 1001 manfaat kepada umat Islam untuk menguruskan kewangan dengan baik.