KDPB Sultan Pahang Berkenan Lancar Bot Wakaf Pahang

PULAU TIOMAN, 18 Februari – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pelancaran Bot Wakaf Pahang yang berlangsung di Kompleks Marina Pulau Tioman. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada jam 3.00 petang turut diiringi oleh YAM Tengku Panglima […]
Wakaf tak perlu tunggu kaya. RM1 sehari pun bermakna

KUANTAN, 15 Disember 2025 – Wakaf Pahang terus komited mengajak masyarakat untuk menyemarakkan amalan wakaf menerusi Kempen Wakaf Tunai RM1 Sehari, yang secara rasmi bermula hari ini di semua kaunter Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Kempen ini merupakan inisiatif berterusan bagi membudayakan wakaf sebagai amalan harian umat Islam, dengan membawa mesej bahawa sumbangan kecil […]
LKPP Corporation Sdn Bhd berwakaf RM 2.7 juta kepada Wakaf Pahang MUIP

Kuantan, 6 November 2025 – Wakaf Pahang menerima sumbangan dana wakaf berjumlah RM2.7 juta daripada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP CORPORATION SDN. BHD) Negeri Pahang bagi tujuan pembangunan Projek Masjid Ladang LCSB Chini, dalam satu perjumpaan ringkas yang berlangsung di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Kuantan, hari ini. Penyerahan disempurnakan oleh Tuan […]
Majlis Serahan Sumbangan Wakaf Screen Paparan LED oleh MUIP Plantation kepada MUIP untuk Manfaat UniPSAS

Kuantan, 31 Oktober 2025 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menerima sumbangan wakaf Screen Paparan LED daripada MUIP Plantation Sdn. Bhd. bagi tujuan pendidikan dan kemudahan pengajaran di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS). Majlis penyerahan wakaf tersebut disempurnakan oleh Dato’ Sri Md Sharif bin Shamsuddin, Pengerusi MUIP […]
Menjulang Budaya Wakaf

Temerloh, 22 September 2025 –Wakaf Pahang meneruskan jelajah penerangan wakaf dengan mengadakan Taklimat Wakaf di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (Integrasi) . Program ini memberi fokus kepada kefahaman konsep wakaf serta peluang warga sekolah menyumbang melalui skim Potongan Gaji Bulanan. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, […]
Kunjungan Hormat Yayasan Pahang Berkaitan Pewakafan Untuk Projek Bandar Madinah Mawadah

Kuantan, 16 Julai 2025 – Yayasan Pahang (YP) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi membincangkan pewakafan enam (6) buah rumah serta sumbangan wakaf tunai. Projek Wakaf ini bertujuan menyokong pelaksanaan Projek Bandar Madinah Mawadah, sebuah inisiatif penting wakaf yang bakal membawa impak […]
Taklimat Wakaf Di SK Jabor, Kuantan

Kuantan, 15 Mei 2025 – Kesedaran berkenaan kepentingan dan keberkatan wakaf terus disemai menerusi sesi Taklimat Wakaf yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jabor, di sini hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh wakil dari Wakaf Pahang, Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran, yang menekankan tentang keistimewaan wakaf sebagai satu bentuk […]
Forum “Mencari Keredhaan Ilahi” di Kampung Tekek

Tioman, 7 Mei 2025 – Siri forum “Mencari Keredhaan Ilahi” diteruskan di Masjid Jamek Kampung Tekek dengan pengisian yang lebih menyeluruh dan mantap. Program ini berjaya menarik kehadiran yang ramai dalam kalangan masyarakat setempat yang dahagakan ilmu agama serta kefahaman yang jelas berkenaan tanggungjawab sosial umat Islam melalui institusi zakat dan wakaf. Forum malam tersebut […]
Forum “Mencari Keredhaan Ilahi” di Kampung Juara

Tioman, 6 Mei 2025 – Forum bertajuk “Mencari Keredhaan Ilahi” telah membuka tirainya di Masjid Kampung Juara, Pulau Tioman, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa kefahaman masyarakat terhadap peranan zakat dan wakaf dalam kehidupan seorang Muslim. Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Wakaf Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), Pejabat Agama Islam Daerah Rompin (PAID […]
Tazkirah Ramadan: Madrasah Ramadan Mendidik Jiwa dan Amal

Temerloh, 10 Mac 2025 | 9 Ramadan 1446H – Bulan Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga sebuah madrasah yang mendidik jiwa ke arah ketakwaan. Dalam tazkirah bertajuk “Madrasah Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Haji Mohd Salleh di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Pahang hari ini, beliau […]