Mini Forum ‘Pengurusan Harta Wakaf’ Bertempat Di Surau Bukit Rangin Perdana 2

KUANTAN, 8 MAC 2024 – Surau Bukit Rangin Perdana 2 menjadi saksi kepada forum perdana yang membangkitkan kesedaran mengenai pengurusan harta wakaf serta peranannya yang penting dalam memajukan ekonomi ummah. Forum ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat mengenai harta wakaf serta menyemarakkan semangat untuk menyumbang kepada kepentingan ummah. Moderator forum ini […]
Taklimat Wakaf kepada Staf RHB Bank Kuantan

KUANTAN, 8 MAC 2024 – Pada hari ini, staf RHB Bank Kuantan telah diberikan taklimat yang penting mengenai pengurusan harta wakaf, yang disampaikan oleh Encik Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh, wakil dari Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Taklimat yang berlangsung di dalam ruang utama bank telah diberi sambutan baik […]
IPD Maran : Ramadhan & Wakaf

MARAN, 7 MAC 2024 – Dalam usaha memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan kebajikan dalam kalangan anggota, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran telah menganjurkan program Ihya Ramadhan bertajuk “Ramadhan & Wakaf.” Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid, Ketua Bahagian Pemasaran & Dakwah Wakaf Pahang. Majlis dimulai dengan kehadiran yang YDH DSP Tuan Zamri,Ketua Polis Daerah Maran […]
Wakaf Dalam Membantu Memajukan Bidang Pendidikan

KUANTAN, 7 MAC 2024 – Ustaz Muhammad Fariduddin bin Haji Mohd Salleh memberikan taklimat wakaf kepada para guru SMK Felda Bukit Goh. Taklimat tersebut menyentuh peranan penting wakaf dalam pendidikan serta pentingnya kesedaran ilmu wakaf di kalangan guru-guru. Dalam taklimat yang berlangsung di Dewan SMK Felda Bukit Goh pada hari ini, Ustaz Muhammad Fariduddin menekankan […]
Taklimat Wakaf Kepada Guru-Guru SMK Sungai Isap

KUANTAN, 7 MAC 2024 – Guru-guru SMK Sungai Isap diberikan taklimat berharga mengenai peranan penting guru dalam wakaf serta peluang wakaf melalui potongan gaji. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin, wakil dari Wakaf Pahang (MUIP), bagi membuka mata dan minda para pendidik terhadap kepentingan wakaf dalam konteks pendidikan. Dalam taklimat itu,ustaz Muhammad Fariduddin menekankan […]
Kunjungan Wakaf Pahang Ke Sekolah Kebangsaan Jaya Gading Kuantan

KUANTAN, 5 MAC 2024 – Hari ini, Sekolah Kebangsaan Jaya Gading Kuantan menerima kunjungan istimewa dari Wakaf Pahang dalam usaha meningkatkan kesedaran berwakaf dikalangan warga SK Jaya Gading sempena Bulan Zakat dan Wakaf. Kunjungan ini diketuai oleh Ust Muhammad Fariduddin b Mohd Salleh, bersama petugas Wakaf Pahang. Dalam taklimatnya, Ust Muhammad Fariduddin telah menekankan tentang […]
Mini Forum ‘Wakaf Gemilang’ di Masjid Al-Muhajirin, Indera Mahkota 5 Menyinari Sambutan Bulan Zakat dan Wakaf Pahang 2024

KUANTAN, 4 MAC 2024 – Seramai 100 orang jemaah memenuhi Masjid Al-Muhajirin, Indera Mahkota 5, Kuantan untuk menghadiri Forum Wakaf sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang 2024. Forum yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan wakaf ini menjadi satu acara yang sangat bermakna. Forum ini dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang […]
Perkenalkan Khidmat Wakaf Pahang Di Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan Pahang Skills

KUANTAN, 1 MAC 2024 – Pahang Skills Kuantan melancarkan Program Ihya Ramadhan yang diisi dengan bicara wakaf. Pengurus Besar Wakaf Pahang, Dato’ Hj Halidan Md Daud, telah dijemput sebagai tetamu kehormat untuk melancarkan program tersebut. Dalam ucapan pelancarannya, Dato’ Hj Halidan memperkenalkan kaedah berwakaf melalui potongan gaji kepada warga kerja Pahang Skills. Kaedah yang amat […]
Mini Forum ‘Kiriman Berharga’ Sempena Jelajah Bulan Zakat Dan Wakaf Di Kg. Ulu Atok

RAUB, 21 FEBRUARI 2024 – Dalam usaha untuk memberikan kesedaran mengenai pentingnya zakat dan wakaf, Kg Ulu Atok, Sega, Raub menjadi tuan rumah kepada Mini Forum bertajuk ‘Kiriman Berharga’. Forum ini merupakan sebahagian dari inisiatif Jelajah Bulan Zakat dan Wakaf yang diadakan oleh Wakaf Pahang. Pengurus Besar Wakaf Pahang, Dato’ Hj Halidan dan Ustaz Mohd […]
Mini Forum ‘Indahnya Berwakaf’ Meriahkan Sambutan Bulan Zakat Dan Wakaf Di Kg. Chat

KUALA LIPIS, 20 FEBRUARI 2024 – Satu mini Forum mengenai wakaf yang diadakan sempena Bulan Zakat dan Wakaf di Kg Chat, Benta, Kuala Lipis, telah menyaksikan penyertaan aktif ahli jemaah dan penduduk tempatan. Forum yang dianjurkan oleh Wakaf Pahang ini bertujuan memberi penekanan kepada pentingnya wakaf hartanah, termasuk tanah dan bangunan. Pengurus Besar Wakaf Pahang, […]