MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN WAKAF KEBANGSAAN 2025 MERIAH DI PICC

Putrajaya, 27 Februari 2025 – Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 berlangsung dengan penuh kemeriahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Acara anjuran Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) itu telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Majlis berprestij ini menghimpunkan semua Jabatan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri […]
TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BUKU KUPON WAKAF TUNAI

Pahang, 26 Februari – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah menganjurkan Taklimat Garis Panduan Penggunaan Buku Kupon Wakaf Tunai kepada seluruh amil di negeri Pahang. Taklimat ini bertujuan memastikan proses agihan buku kupon wakaf tunai berjalan lancar serta memperkenalkan inisiatif wakaf tunai kepada para amil. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Pusat Kutipan Zakat […]
MAJLIS PENYERAHAN PELANTIKAN MUTAWALLI KHAS WAKAF PAHANG

Kuantan, 25 Februari 2025 – Wakaf Pahang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Pelantikan Mutawalli Khas Wakaf Pahang dalam satu acara gilang-gemilang yang diadakan di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan para pewakaf serta melantik Mutawalli Khas yang akan bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau harta wakaf di Pahang. […]
TAKLIMAT PENGURUSAN WAKAF PAHANG DI SK KAMPUNG PADANG

Kuantan, 10 Februari 2025 – Sekolah Kebangsaan Kampung Padang telah menjadi tuan rumah bagi sesi taklimat khas mengenai pengurusan Wakaf Pahang yang dianjurkan oleh Wakaf Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Wakaf Pahang, Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, dengan kehadiran para guru serta kakitangan […]
PERJUMPAAN WAKAF PAHANG BERSAMA BARISAN IMAM MASJID DAERAH NEGERI PAHANG

Kuantan, 16 Januari 2025 – Satu perjumpaan khas antara pihak Wakaf Pahang dan barisan imam-imam masjid daerah Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengurusan dan pelaksanaan Tabung Wakaf Masjid (TWM) di seluruh negeri. Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa tokoh penting dalam institusi keagamaan negeri, termasuk Tuan […]
Diskusi Wakaf “Membina Mahligai Syurga” di Masjid Al-Raudhah, Taman Guru Raih Perhatian Jemaah

KUANTAN, 16 November 2024 – Masjid Al-Raudhah, Taman Guru, menjadi medan ilmu dan perbincangan bermakna semalam melalui program diskusi bertajuk “Membina Mahligai Syurga”, yang berjaya menarik penyertaan ramai penduduk sekitar. Program ini menampilkan tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang wakaf dan kewangan Islam. Ustaz Muhd Fariduddin Mohd Salleh dari Unit Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang sebagai moderator […]
Program Khairul Ummah Bertajuk Bual Bicara : “Zakat Dan Wakaf Dalam Masyarakat” Di Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser

Raub, 13 November 2024 – Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Raub, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Raub, dan Wakaf Pahang telah berjaya menganjurkan Program Khairul Ummah bertajuk Bual Bicara: “Zakat dan Wakaf Dalam Masyarakat” pada Rabu malam selepas solat Maghrib. Program ini menampilkan dua panel […]
Taklimat Pemerkasaan Zakat Pendapatan dan Wakaf Penjawat Awam Negeri Pahang di Jerantut

Jerantut, 12 November 2024 – Program Taklimat Pemerkasaan Zakat Pendapatan dan Wakaf Penjawat Awam Negeri Pahang telah melabuhkan tirainya di daerah Jerantut, menandakan jelajah terakhir siri ini yang dianjurkan pada tahun ini. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai kepentingan zakat pendapatan dan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah. Program di Jerantut […]
Taklimat Pemerkasaan Zakat Pendapatan dan Wakaf Penjawat Awam di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 8 November 2024 – Dr. Mohd Syakir bin Dato’ Haji Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, tampil sebagai penceramah utama dalam Taklimat Pemerkasaan Zakat Pendapatan dan Wakaf Penjawat Awam Negeri Pahang yang berlangsung di daerah ini. Taklimat ini bertujuan memperkukuh kesedaran penjawat awam tentang pentingnya zakat pendapatan dan wakaf sebagai instrumen berkesan […]
Kuliah Maghrib di Masjid Felda Keratong 1 Meriahkan Program Mykampung 2024

MUADZAM SHAH, 6 November 2024 – Masjid Felda Keratong 1 menjadi lokasi berlangsungnya Kuliah Maghrib istimewa sempena Program Mykampung 2024 yang diadakan di Bandar Tun Razak, Muadzam Shah. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Muhd Fariduddin Mohd Salleh dari Unit Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang berjaya menarik kehadiran ramai penduduk setempat. Dengan tema yang menekankan nilai […]