Menjulang Budaya Wakaf

Temerloh, 22 September 2025 –Wakaf Pahang meneruskan jelajah penerangan wakaf dengan mengadakan Taklimat Wakaf di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (Integrasi) . Program ini memberi fokus kepada kefahaman konsep wakaf serta peluang warga sekolah menyumbang melalui skim Potongan Gaji Bulanan. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, […]

Taklimat Wakaf di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur

KUANTAN, 9 September 2025 – Unit Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang meneruskan usaha mendidik masyarakat tentang kepentingan wakaf melalui sesi taklimat khas yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur hari ini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, Pegawai Unit Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang. Beliau menerangkan konsep asas wakaf, kelebihannya […]

Kunjungan Hormat Yayasan Pahang Berkaitan Pewakafan Untuk Projek Bandar Madinah Mawadah

Kuantan, 16 Julai 2025 – Yayasan Pahang (YP) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi membincangkan pewakafan enam (6) buah rumah serta sumbangan wakaf tunai. Projek Wakaf ini bertujuan menyokong pelaksanaan Projek Bandar Madinah Mawadah, sebuah inisiatif penting wakaf yang bakal membawa impak […]

Taklimat Wakaf Pahang Sempena Bulan Zakat dan Wakaf Bersama Warga SUK di Janda Baik

Janda Baik, Bentong, 30 Jun 2025 – Sempena Bulan Zakat dan Wakaf, Wakaf Pahang telah mengadakan satu sesi Taklimat Khas Wakaf bersama warga Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang yang berlangsung di Janda Baik. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, yang berkongsi penerangan […]

Taklimat Wakaf Di SK Jabor, Kuantan

Kuantan, 15 Mei 2025 – Kesedaran berkenaan kepentingan dan keberkatan wakaf terus disemai menerusi sesi Taklimat Wakaf yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jabor, di sini hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh wakil dari Wakaf Pahang, Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran, yang menekankan tentang keistimewaan wakaf sebagai satu bentuk […]

Forum “Mencari Keredhaan Ilahi” di Kampung Tekek

Tioman, 7 Mei 2025 – Siri forum “Mencari Keredhaan Ilahi” diteruskan di Masjid Jamek Kampung Tekek dengan pengisian yang lebih menyeluruh dan mantap. Program ini berjaya menarik kehadiran yang ramai dalam kalangan masyarakat setempat yang dahagakan ilmu agama serta kefahaman yang jelas berkenaan tanggungjawab sosial umat Islam melalui institusi zakat dan wakaf. Forum malam tersebut […]

Forum “Mencari Keredhaan Ilahi” di Kampung Juara

Tioman, 6 Mei 2025 – Forum bertajuk “Mencari Keredhaan Ilahi” telah membuka tirainya di Masjid Kampung Juara, Pulau Tioman, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa kefahaman masyarakat terhadap peranan zakat dan wakaf dalam kehidupan seorang Muslim. Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Wakaf Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), Pejabat Agama Islam Daerah Rompin (PAID […]

Tazkirah Ramadan: Madrasah Ramadan Mendidik Jiwa dan Amal

Temerloh, 10 Mac 2025 | 9 Ramadan 1446H – Bulan Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga sebuah madrasah yang mendidik jiwa ke arah ketakwaan. Dalam tazkirah bertajuk “Madrasah Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Haji Mohd Salleh di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Pahang hari ini, beliau […]

WAKAF PAHANG SERAH SUMBANGAN KERUSI RODA

TEMERLOH, 1 Mac 2025 – Wakaf Pahang terus komited dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada empat pemohon di kawasan Jengka dan Kuala Krau.Penyerahan itu disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dr. Mohd Syakir yang hadir sendiri bagi menghantar kerusi roda tersebut kepada penerima. Seramai […]