KUANTAN, 13 JUN 2024 – Masjid Al-Hidayah, Paya Besar, menjadi tempat berlangsungnya diskusi bertajuk “Membina Mahligai Syurga.” Diskui ini dipimpin oleh YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Moderator dalam diskusi ini adalah Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang.
Dalam diskusi ini, Dato’ Haji Halidan menekankan peranan strategi wakaf dalam memajukan komuniti dan menggalakkan keharmonian sosial. Beliau mengulas konsep wakaf serta manfaatnya kepada masyarakat, sementara Ustaz Mohd Farid membawa pandangan praktikal dari segi pengurusan dan pelaksanaan wakaf.

Dengan diadakannya diskusi ini, diharapkan masyarakat dapat lebih memahami serta terdorong untuk terlibat aktif dalam amalan wakaf, yang mana ia dapat memberi sumbangan yang berterusan kepada pembangunan komuniti yang berkekalan di sekitar Paya Besar dan seluruh di Negeri Pahang.