DISKUSI WAKAF di Masjid Kg. Cheroh, Raub

RAUB, 24 APRIL 2024 – Dalam usaha memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan kebajikan dalam kalangan masyarakat, Wakaf Pahang telah menganjurkan program Diskusi Wakaf di Masjid Kg. Cheroh bertajuk “Membina Mahligai Syurga”. Diskusi ini disampaikan oleh dua ahli panel iaitu YH Dato Hj Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, bersama Ustaz Mohd Fariid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran Wakaf Pahang MUIP.

Program dimulai dengan kehadiran masyarakat setempat untuk bersama-sama menunaikan solat fardhu magrib berjemaah sebelum mendengar diskusi wakaf mengenai pengurusan wakaf di negeri Pahang.

Dalam diskusi itu, Dato Hj Halidan menekankan kepentingan wakaf hartanah sebagai satu bentuk pelaburan yang bukan sahaja memberikan pulangan di akhirat nanti tetapi ianya dapat di kecapi faedahnya kepada umat Islam dan masyarakat apabila ianya dibangunkan atau digunakan. Beliau juga memberi penekanan kepada kemudahan yang telah disediakan oleh Wakaf Pahang bagi memudahkan umat Islam berwakaf, khususnya dalam aspek wakaf tunai.

Dalam pada itu,Ustaz Mohd Farid juga menyampaikan pandangannya mengenai bagaimana wakaf tunai dapat menjadi satu sumber kekuatan ekonomi untuk umat Islam dan juga Masyarakat setempat. Dari tabung wakaf tunai, ianya akan digunakan dalam lima kategori iaitu Keagamaan, Pendidikan, Kesihatan, Sosial dan Ekonomi.

Dalam program tersebut juga, YH Dato turut menyampaikan sumbangan dana wakaf sebanyak RM32,000 untuk baik pulih atas masjid. Sumbangan ini diharapkan dapat meningkatkan keselesaan ahli jemaah di surau ini