KUANTAN, 1 OGOS 2024 – satu diskusi wakaf yang berfokus pada mempromosikan kesedaran dan manfaat wakaf telah diadakan di Masjid Tepian Putra, Kuantan. Diskusi ini dihadiri oleh ahli kariah dan penduduk setempat yang berminat untuk memahami dengan lebih mendalam konsep dan kepentingan wakaf dalam masyarakat.
Panel diskusi ini dipimpin oleh YBrs Dr. Mohd Syakir bin Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang. Manakala moderator adalah Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, pegawai dakwah dan pemasaran Wakaf Pahang.

Dr. Mohd Syakir memberikan penerangan mengenai pelbagai aspek wakaf, termasuk sejarahnya, kepentingan dalam pembangunan komuniti, dan bagaimana wakaf boleh menjadi instrumen penting dalam membantu golongan yang memerlukan. Beliau juga menekankan perlunya penglibatan aktif masyarakat dalam menyokong dan menyumbang kepada projek-projek wakaf yang ada.
Ustaz Muhammad Fariduddin sebagai moderator, memastikan diskusi berjalan lancar dan interaktif. Beliau turut mengajak hadirin untuk berkongsi pandangan dan soalan mereka, yang dijawab oleh Dr. Mohd Syakir dengan jelas dan terperinci.
Diskusi ini diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana hadirin diberi peluang untuk bertanya soalan lanjut mengenai cara untuk terlibat dalam wakaf dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui wakaf.
Diskusi ini berjaya meningkatkan kesedaran dan menggalakkan lebih ramai individu untuk menyumbang kepada projek wakaf di masa hadapan.