DISKUSI WAKAF di Surau Taman Murni, Sungai Isap

KUANTAN, 22 APRIL 2024 – Wakaf Pahang MUIP dengan kerjasama Surau Taman Murni, Sungai Isap, Kuantan telah mengadakan program Diskusi Wakaf bertajuk “Membina Mahligai Syurga”.

Diskusi Wakaf ini telah dihadiri oleh 40 orang masyarakat sekitar Taman Murni bagi mendengar perkongsian ilmu berkaitan wakaf.

Program ini menampilkan dua ahli panel iaitu YH Dato Hj Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, bersama Ustaz Mohd Fariid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran Wakaf Pahang MUIP.

Dalam diskusi tersebut, YH Dato telah menyentuh tentang kaedah wakaf tunai serta penekanan penggunaan dana wakaf untuk lima sektor penting, iaitu keagamaan, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dan sosial. Beliau juga menyeru agar masyarakat mengambil peranan dalam mewujudkan keberkatan wakaf dalam kehidupan sehari-hari. Selain itu, beliau menekangkan tentang kepentingan mewakafkan tanah melalui MUIP sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bagi menjamin harta pewakaf tersebut,

Ustaz Mohd Farid pula banyak menyentuh tentang sejarah perkembangan wakaf sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Beliau menekankan pentingnya pemahaman sejarah ini dalam membentuk kesedaran dan kepentingan wakaf dalam masyarakat. Masyarakat hari ini boleh berwakaf tunai serendah RM5 sahaja bagi memastikan setiap masyarakat dapat mengambil peluang di atas ganjaran yang dijanjikan Allah kepada orang yang berwakaf.

Program Diskusi Wakaf ini tidak hanya memberi pendedahan tentang konsep dan amalan wakaf dalam Islam, tetapi juga menguatkan semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat bagi membangunkan pembangunan ekonomi Islam yang lebih berdaya saing. Dalam program tersebut juga, YH Dato turut menyampaikan sumbangan dana wakaf sebanyak RM50,000 untuk kerja-kerja baik pulih surau. Sumbangan ini diharapkan dapat meningkatkan keselesaan ahli jemaah di surau ini.