Diskusi Zakat & Wakaf Di Surau Kg Cempaka, Kuantan

KUANTAN, 13 MEI 2024 – Program Diskusi Wakaf : Membina Mahligai Di Syurga telah berlangsung dengan jayanya di Surau Kg Cempaka, Kuantan. Program ini telah mendapat sambutan dari komuniti setempat dengan kehadiran lebih 50 orang yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam terhadap pemahaman konsep wakaf wakaf yang dilaksanakan oleh Wakaf Pahang.

Diskusi ini menampilkan ahli panel yang terdiri daripada YH Dato’ Hj Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang dan Ustaz Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Pemasaran & Dakwah Wakaf Pahang..
Yh Dato’ telah berkongsi maklumat berharga mengenai wakaf tunai dan wakaf tanah yang sedang dilaksanakan di Pahang. Beliau juga menekankan pentingnya wakaf dalam membantu pembangunan sosioekonomi ummah serta cara-cara berwakaf yang boleh dilaksanakan dengan efektif. Tambah beliau lagi,dana yang dikumpul melalui wakaf tunai ini akan digunakan untuk lima sektor pembangunan ekonomi masyarakat di Pahang melibatkan keagamaan,pendidikan,kesihatan,sosial&ekonomi.

Sementara itu, Ustaz Mohd Farid Bin Mohd Ramly turut memberi penekanan kepada peranan masyarakat hari ini dalam memperkasakan wakaf. Beliau menyeru agar masyarakat lebih aktif dalam menyumbang kepada dana wakaf sebagai satu bentuk sedekah jariah yang berterusan manfaatnya.

Program ini juga telah diserikan dengan sesi soal jawab dari jemaah yang hadir bagi mendapatkan penjelasan mengenai aspek-aspek praktikal wakaf yang boleh dilaksanakan. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti wakaf, selaras dengan usaha memperkukuhkan ekonomi ummah dan membina ‘mahligai di syurga’ melalui amalan yang diredhai.Turut serta dalam program tersebut ialah En Syaaban Bin Ismail,Pengerusi Surau Kg Cempaka dan En Mohd Fadhir merakap imam surau.