Forum Financial Management : Meraih Rahmat Disebalik Nikmat

KUANTAN, 19 APRIL 2024 – Forum Pengurusan Kewangan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Manusia Sultan Ahmad Shah Medical (SASMEC-UIAM) telah berlangsung dengan jayanya di Kuantan hari ini. Forum yang diadakan di SASMEC-UIAM itu telah menampilkan dua ahli panel dalam bidang pengurusan kewangan.

Antara ahli panel yang turut memperkukuhkan kehadiran mereka adalah Encik Mohd Azizudin Bin Abdullah, Ketua Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Pahang, serta Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Pemasaran & Dakwah Wakaf Pahang serta dimoderatorkan oleh Encik Khairudin.

Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan yang bijak serta pentingnya kesedaran kewangan dalam kehidupan seharian. Dalam sesi dialog yang padat dengan pengetahuan, Encik Mohd Azizudin Bin Abdullah telah berkongsi pandangan serta strategi dalam menguruskan kewangan secara berkesan.

Selain itu, Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam perancangan kewangan jangka panjang, terutamanya dalam konteks pembangunan ekonomi setempat melalui instumen wakaf tunai. Beliau menekankan pentingnya penglibatan Masyarakat dalam membantu Wakaf Pahang meningkatkan dana wakaf tunai bagi melestarikan pembangunan ummah melibatkan sektor keagamaan,kesihatan,pendidikan,ekonomi dan sosial.

Forum ini turut memberi peluang kepada peserta untuk bertanyakan soalan serta khusunya berkaitan konsep dan kaedah untuk berwakaf tunai. Kesemua maklum balas serta pandangan yang diberikan oleh para ahli panel telah memberi sinergi yang berharga kepada peserta.

Dengan penyertaan yang menggalakkan dan maklum balas yang positif dari peserta, forum ini dianggap sebagai satu platform yang berharga bagi mereka yang ingin memperkukuhkan lagi kemahiran dalam pengurusan kewangan mereka.

Kejayaan forum ini merupakan satu langkah positif dalam memupuk kesedaran kewangan dan amalan berwakaf di kalangan masyarakat, serta menyumbang kepada peningkatan kemahiran pengurusan kewangan yang bijak di kalangan generasi masa depan.