Forum Khairul Ummah Masjid Felda Selancar 3

MUADZAM SHAH, 15 MAC 2023 – Satu forum telah diadakan oleh PKZ Zon Timur. Forum ini dijalankan untuk meperkenalkan ibadah zakat dan wakaf kepada masyarakat di Masjid Felda Selancar 3.

Forum ini telah menampilkan 3 tokoh yang hebat di dalam pengurusan zakat dan wakaf di Negeri Pahang iaitu Ustaz Mohd Hafis bin Mohd Saad, Pegawai MUIP Cawangan Muadzam Shah, Ustaz Haji Mohd Azmi bin Othman, Pengurus Zon Timur PKZ dan, Ustaz Fariduddin bin Mohd Salleh, Pegawai Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang.

Forum ini telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Jemaah-jemaah yang hadir diberikan peluang untuk bertanyakan soalan berkaitan wakaf dan juga zakat. Di samping itu, kaunter zakat dan wakaf juga turut dibuka dan para jemaah boleh membayar zakat dan wakaf terus di kaunter. Hal ini dapat memudahkan para jemaah untuk melakukan ibadah tersebut.

Forum ini merupakan salah satu usaha pihak MUIP, PKZ dan Wakaf Pahang untuk memperkembangkan ibadah zakat dan wakaf di negeri Pahang.