Impian Terlaksana di Wakaf Pahang

TEMERLOH, 14 Jun 2023 –  Pihak Wakaf Pahang yang diwakili oleh Pengurus Wakaf Pahang, Encik Qumeyza Safwan bin Sulaiman telah menyerahkan Sijil Penghargaan dan Surat Ucapan Terima kasih dari Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam melayu Pahang (MUIP) kepada Tuan Mohd Norawi Bin Abdul Rahman di atas pewakafan tanah miliknya di daerah Bentong, Pahang untuk diwakafkan atas tujuan pendidikan dan aktiviti dakwah.

Menurut beliau, hasrat untuk mewakafkan tanah tersebut telah lama dirancang dan beliau bersyukur ia telah terlaksana pada hari ini. Beliau mewakili keluarganya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana sudi hadir bertemu beliau bagi memudahkan urusan pewakafan ini. Harapan beliau semoga usaha pewakafan ini berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancang.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin semangat untuk lebih ramai lagi yang ada di luar sana untuk melaksanakan ibadah wakaf bagi bekalan akhirat disamping dapat menyumbangkan harta dalam bentuk wakaf tunai bagi pembangunan wakaf khususnya di negeri Pahang.