[Jelajah DDHA] Kuliah Dhuha Muslimat : Mengejar Husnul Khotimah

BENTONG, 19 FEBRUARI 2024 – Satu Kuliah Dhuha Muslimat sempena JELAJAH DATO’ DR. HASSAN MOHAMED ALI sempena sambutan Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang 2024 telah diadakan di ruang solat utama Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kg Baru Bentong yang di hadiri 500 orang muslimat dari sekitar Bentong.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh YH Dato’ Hj Halidan bin Md Daud berkaitan pengurusan wakaf di Negeri Pahang dan menerangkan bagaimana institusi Wakaf memainkan peranan penting dalam ekonomi dan kehidupan umat Islam, kemudian ceramah diteruskan oleh YH Dato Dr Hasan Bin Mohamed Ali mengupas tajuk berkaitan mengejar Husnol Khotimah dalam kehidupan.

Menurut YH Dato Dr Hasan Mohamed Ali bagaimana amalan berwakaf juga salah satu amalan untuk mendapat kehidupan yg husnol khotimah di samping itu bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah dalam mengejar Husnol khotimah dalam kehidupan.

Sambutan yang menggalakkan ini dengan kehadiran 500 orang Muslimat diharapkan mampu menaikkan lagi syiar Islam dan dapat mengalakkan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah Bentong dan amnya di negeri Pahang.