Kaunter Wakaf Pahang Sempena Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu 2023 Anjuran Lembaga Pembangunan Tioman

TIOMAN, 19 OKTOBER 2023 – Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu 2023 Anjuran Lembaga Pembangunan Tioman telah diadakan bermula 17 Oktober 2023 sehingga 19 Oktober 2023 yang lalu. Wakaf Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah diberi peluang untuk menyertai hari bertemu pelanggan ini dengan membuka kaunter wakaf.

Pembukaan kaunter wakaf sempena Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu 2023 Anjuran Lembaga Pembangunan Tioman memberi peluang kepada Wakaf Pahang untuk mendekati masyarakat bagi menyebarluas peranan Wakaf Pahang dan amalan berwakaf itu sendiri. Masyarakat juga berpeluang untuk mendapatkan informasi-informasi terkini di kaunter Wakaf Pahang disamping mendapatkan penjelasan-penjelasan berkenaan wakaf.

Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu 2023 Anjuran Lembaga Pembangunan Tioman juga dimeriahkan dengan Program Jelajah “Wang Tak Dituntut” (WTD) dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang menyediakan kaunter bagi memudahkan orang awam menyemak sebarang WTD yang ada serta banyak lagi oleh agensi-agensi yang berkaitan.