Kaunter Wakaf Pahang Sempena Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Negeri Pahang telah diadakan bermula 18 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023 yang lalu. Wakaf Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah diberi peluang untuk menyertai karnival ini dengan membuka kaunter wakaf.

Pembukaan kaunter wakaf sempena Karnival Tanah Pahang memberi peluang kepada Wakaf Pahang untuk mendekati masyarakat bagi menyebarluas peranan Wakaf Pahang dan amalan berwakaf itu sendiri. Masyarakat juga berpeluang untuk mendapatkan informasi-informasi terkini di kaunter Wakaf Pahang disamping mendapatkan penjelasan-penjelasan berkenaan wakaf.

Karnival juga dimeriahkan dengan Forum Bicara Tanah yang mengupas topik-topik dan isu-isu berkait rapat dengan masyarakat. Antara topik-topik yang dibincangkan termasuklah Pengurusan Kewangan, Pengambilan Tanah dan Pusaka. Forum ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengajukan persoalan-persoalan kepada ahli-ahli panel yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan dari Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

Karnival Tanah Pahang juga menawarkan khidmat kaunter bayaran cukai tanah, cukai taksiran, bayaran bil air serta banyak lagi oleh agensi-agensi yang berkaitan. Oleh yang demikian, Masyarakat hendaklah mengambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab dengan membayar cukai tanah sesuai dengan slogan “Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda”.