KUALA LIPIS, 17 MAC 2023 – Satu kuliah Maghrib telah dijalankan di Masjid Tempoyang sempena Bulan Zakat dan Wakaf. Penerangan tentang kelebihan berwakaf dan pengurusan wakaf di negeri Pahang telah di sampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, Pegawai Unit Pemasaran dan Dakwah Wakaf Pahang.
Tujuan kuliah ini diadakan adalah sempena bulan zakat dan wakaf sepanjang bulan Syaaban 1444H. Alhamdulillah, jemaah di Masjid Tempoyang menyambut baik terhadap kuliah yang diadakan tersebut. Ustaz Fariduddin berkata, amalan berwakaf ini merupakan satu amalan yang kita perlu ambil peluang sementara kita masih hidup, kerana ini lah salah satu amalan yang boleh menyelamatkan kita apabila sudah meninggal dunia kelak seperti sabdaan Nabi SAW.
Setelah selesai kuliah maghrib tersebut, turut dibuka kaunter untuk memberi peluang kepada jemaah untuk bertanyakan soalan berkaitan zakat dan wakaf. Kaunter tersebut juga membolehkan jemaah untuk membayar zakat dan wakaf secara tunai.