Melestarikan Wakaf Pendidikan

TEMERLOH, 12 OKTOBER 2023 – Satu pertemuan telah diadakan melalui kunjungan hormat Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah Dan Pemasaran Wakaf Pahang MUIP kepada Puan Fazliyaton Binti Isa, Pengetua SMK Abu Bakar,Temerloh.

Dalam pertemuan ini, pelbagai pekara dan isu semasa berkaitan wakaf dan pendidikan dapat dikongsikan dalam usaha kerjasama antara Wakaf Pahang dan SMK Abu Bakar,Temerloh. Encik Mohd Farid sempat menerangkan info-info berkaitan wakaf disamping menjelaskan isu-isu semasa berkenaan wakaf dan pendidikan. Hasil dalam pertemuan ini juga menunjukkan suatu bentuk jalinan kerjasama yang positif kearah kebersamaan dalam mengeratkan hubungan antara kedua-kedua pihak. Dalam pertemuan ini juga, turut dibincangkan untuk dilaksanakan program wakaf dan pendidikan dalam masa terdekat ini.

Mohd Farid berkongsi perkembangan wakaf di negeri Pahang kepada Puan Fazliyaton.

Menurut Encik Mohd Farid lagi, wakaf pendidikan merupakan instrumen yang penting dalam pembangunan pendidikan masyarakat Islam, kerana potensi wakaf dalam membantu institusi pendidikan telah di amalkan sejak dari zaman dahulu lagi seperti penubuhan Universiti Al Azhar yang menggunakan dana wakaf dan sehingga ke hari ini ia masih subur dengan melahirkan ramai para ilmuan Islam. Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua pihak ini dapat memantapkan lagi hubungan dan kerjasama yang melibatkan wakaf pendidiakan di sekolah sekolah negeri Pahang.