Temerloh, 22 September 2025 –Wakaf Pahang meneruskan jelajah penerangan wakaf dengan mengadakan Taklimat Wakaf di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (Integrasi) . Program ini memberi fokus kepada kefahaman konsep wakaf serta peluang warga sekolah menyumbang melalui skim Potongan Gaji Bulanan.
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, yang menekankan bahawa wakaf merupakan pelaburan akhirat yang pahalanya berterusan walaupun pewakaf telah meninggal dunia. Para guru serta kakitangan sekolah diberi pencerahan tentang kepentingan menjadikan wakaf sebagai amalan hidup, selain diperkenalkan dengan kemudahan potongan gaji sebagai medium sumbangan yang lebih mudah, tetap dan konsisten.

Warga (SEBATI) turut menunjukkan sambutan positif terhadap inisiatif ini dengan mengemukakan soalan dan maklum balas sepanjang sesi berlangsung. Pihak sekolah menyatakan sokongan terhadap usaha Wakaf Pahang dalam memperkasa budaya wakaf demi manfaat ummah.