Mini Forum ‘Madrasah Harta’ Di Masjid Al-Khairiah Balok Baru

KUANTAN, 21 MAC 2024 – Seramai lebih 30 orang muslimat menghadiri program Kuliah Dhuha bertajuk “Madrasah Harta” yang berlangsung di Masjid Al-Khariah Balok Baru pada 10 Ramadan 1445H bersamaan 21 Mac 2024.

Kuliah Dhuha pada kali ini menampilkan Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, Pegawai Pemasaran Wakaf Pahang sebagai penceramah jemputan. Beliau membentangkan konsep dan kepentingan mewakafkan harta serta pengurusannya mengikut lunas syarak.

Sepanjang kuliah, para muslimat yang hadir didedahkan dengan pelbagai manfaat dan ganjaran yang bakal diperoleh hasil dari amalan wakaf. Mereka turut didedahkan dengan pelbagai jenis kaedah untuk menguruskan harta wakaf.

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi masjid iaitu Tuan Omar dan Ustazah Fatimah kerana menguruskan program ini supaya berjalan dengan lancar.