Mini Forum ‘Madrasah Harta’ Di Masjid Al-Makmur Felda Lepar Hilir 1 & 4

KUANTAN, 25 MAC 2024 – Masjid Al-Makmur di FELDA Lepar Hilir 1&4 menjadi tuan rumah kepada forum perdana yang bertajuk “Madrasah Harta”. Forum ini dimoderatorkan oleh Ustaz Fariduddin bin Mohd Saleh. Forum ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat mengenai harta wakaf serta menyemarakkan semangat untuk menyumbang kepada kepentingan ummah.

Antara panel jemputan yang hadir ialah YBrs Dr. Mohd Shakir bin Dato’ Hj Mohd Taib yang merupakan Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang. Beliau membentangkan kepentingan pengurusan dan pelaburan harta wakaf bagi memastikan kelestarian dan manfaat yang berterusan kepada masyarakat. Seramai 100 orang warga setempat yang hadir memeriahkan forum yang dianjurkan. Turut hadir bersama memeriahkan majlis, Tuan Mohd Zunaidi bin Zulkifli iaitu Pengurus Felda Lepar Hilir 1&4, Kuantan dan Pengerusi Masjid, En Abdul Rahman Bin Inud

Forum ini membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan mengenai pengurusan harta wakaf secara lebih jelas. Ia juga menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan mewakafkan harta demi saham akhirat yang berkekalan.