Mini Forum ‘Madrasah Harta’ Di Masjid Baharu Sg Ular

KUANTAN, 20 MAC 2024 – Seramai lebih 50 orang jemaah yang terdiri daripada jemaah lelaki dan wanita telah menghadiri program “Mini Forum” yang diadakan di Masjid Baharu Sungai Ular.

Program tersebut dimoderatorkan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh yang bertugas sebagai Pegawai Pemasaran Wakaf di Pahang. Turut hadir selaku panel jemputan ialah YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang.

Pengerusi Masjid Baharu Sungai Ular, Cikgu Jantan bin Yasin turut menyertai program berkenaan. Beliau menzahirkan rasa syukur dengan sambutan memberangsangkan daripada para jemaah sekitar Kuantan.

Sepanjang program tersebut, pelbagai aspek berkaitan amalan berwakaf telah dibentangkan dan dijelaskan kepada para tetamu hadir. Penduduk setempat yang hadir berpeluang mendapatkan penerangan lanjut dan mengemukakan soalan berkaitan wakaf kepada para panel.

Program seumpama ini diharap dapat memupuk kesedaran dan mendorong lebih ramai masyarakat Islam di Pahang untuk mengamalkan wakaf demi kebajikan ummah dan pembangunan institusi Islam.