Niat Pewakaf Tertunai

Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Encik Zakaria bin Deraman yang mewakafkan sebidang tanah seluas 1 ekar kepada Wakaf Pahang. Tanah tersebut diwakafkan atas tujuan penggunaan wakaf kubur di Kampung Serengkam, Maran. Beliau berharap agar tanah yang diwakafkan ini mampu memberi manfaat kepada penduduk Kampung Serengkam. Beliau bersyukur kerana dengan adanya Wakaf Pahang hasratnya itu dapat direalisasikan. Jelas terpancar senyuman pada wajah beliau setelah mewakafkan tanah tersebut. Semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan pewakaf di dunia dan akhirat