Pelancaran Wakaf Potongan Gaji Peringkat JKM

KUANTAN, 14 MAC 2023 – Wakaf Pahang dengan kerjasama JKM Pahang telah melancarkan satu program pelancaran wakaf secara potongan gaji peringkat JKM. Program tersebut bertujuan menggalakkan kakitangan JKM Pahang untuk melaksanakan ibadah wakaf secara potongan gaji melalui Wakaf Pahang. Ia juga secara tidak langsung membuka peluang dan ruang kepada kakitangan JKM untuk melaksanakan ibadah wakaf tersebut.

Pengurus Besar Kanan PKZ, YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud selaku perasmi, telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JKM Pahang kerana bersama-sama merealisasikan program ini. JKM merupakan salah satu jabatan yang pertama melancarkan wakaf secara potong gaji secara rasmi bersama Wakaf Pahang.

Pengarah JKM Pahang, Dato’ Zulkhairi bin Zainol Abidin berkata, inisiatif yang dilakukan ini merupakan satu titik permulaan untuk membangunkan negeri Pahang dan menjadi contoh untuk jabatan-jabatan lain untuk turut serta bersama Wakaf Pahang bagi melaksanakan wakaf secara potongan gaji.

Di samping itu, taklimat wakaf turut diadakan dan taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, Ustaz Mohd Farid bin Ramly. Beliau banyak berkongsikan tentang pengurusan wakaf di negeri Pahang.

Pelancaran ini telah dihadiri oleh 60 kakitangan JKM Pahang yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian dan pegawai dari seluruh daerah Pahang. Wakaf Pahang berharap agar kolaborasi ini berjaya dan menjadi contoh kepada jabatan-jabatan yang lain.