Penantian 15 Tahun tertunai bersama Wakaf Pahang

RAUB, 20 September 2023 – Dalam jelajah menyantuni pewakaf telah dilakukan oleh Pihak Wakaf Pahang yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, Dr. Mohd Syakir Bin Hj Mohd Taib telah menyerahkan Sijil Penghargaan dan Surat Ucapan terima kasih dari Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam melayu Pahang (MUIP) kepada Puan Rosnah Binti Mat Jamin yang telah sempurna melaksanakan proses pewakafan sebidang tanah di mukim Gali, Raub bagi tujuan wakaf Am. Semoga amal ibadah berupa wakaf dari Puan Rosnah ini di terima sebagai satu amal soleh yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala 700 kali ganda.

Seterusnya pihak Wakaf Pahang ke kampung Sempalit , Raub, Pahang untuk menyantuni Puan Siti Hasmida Bt Abu Bakar yang ingin menunaikan hasrat bagi mewakafkan satu lot tanah di kampung Sempalit , Raub dengan tujuan wakaf untuk Surau.

Menurut beliau, hasrat untuk mewakafkan tanah tersebut telah lama dirancang iaitu sejak 15 tahun yang lalu dimana beliau mencari jalan bagaimana untuk menjadikan wakafnya suatu realiti. Beliau sangat bersyukur setelah 15 tahun hajat beliau terlaksana pada hari ini. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana sudi hadir bertemu beliau bagi memudahkan urusan pewakafan ini.

Semoga santunan wakaf ini menjadi pemangkin semangat untuk lebih ramai lagi yang ada di luar sana untuk melaksanakan ibadah wakaf bagi bekalan akhirat disamping dapat menyumbangkan harta dalam bentuk wakaf aset dan wakaf tunai bagi pembangunan dan kemajuan wakaf khususnya di negeri Pahang.