Penghulu Mukim Jadi Jambatan Masyarakat Dalam Berwakaf

KUANTAN, 11 OKTOBER 2023 – “Penghulu Mukim di negeri Pahang  boleh membantu Wakaf Pahang MUIP dalam menyelesaikan permasalah masyarakat yang ingin mewakafkan tanah”,kata Encik Mohd Farid Bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah Dan Pemasaran Wakaf Pahang MUIP sempena Kursus Modul Latihan Bersama Penghulu-Penghulu Mukim Siri 3, 2023 anjuran Bahagian Sumber Manusia, SUK Pahang.

Menurut beliau lagi, terdapat isu-isu berkaitan tanah wakaf yang tidak didaftarkan menurut undang-undang. Kebanyakannya adalah wakaf tanah melalui lisan atau bertulis sahaja yang mana wakaf secara lisan atau bertulis itu sebenarnya akan menyebabkan wujudnya isu-isu berbangkit satu hari nanti. Oleh itu,kita nasihatkan agar wakaflah tanah melalui Wakaf Pahang MUIP dan geran tanah itu akan ditakkan hak kepada Majlis Ugama Islam Pahang selaku pemegang amanh tunggal wakaf di negeri Pahang.

Mohd Farid menyampaikan perkongsian terkini wakaf di negeri Pahang.

Selain itu juga, Mohd Farid berkongsi dengan Penghulu-Penghulu Mukim berkaitan perkembangan terkini wakaf di Pahang khusunya tanah-tanah yang diwakafkan disamping menjelaskan kaedah-kaedah berwakaf seperti wakaf melalui perbankan internet, potongan gaji atau berwakaf di mana-mana pejabat PKZ Pahang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak berkuasa iaitu MUIP hanya bertindak sebagai pemegang amanah tanah yang diwakafkan.Tanah yang diwakafkan itu akan lebih terjamin dan selamat.