Raub, 13 November 2024 – Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Raub, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Raub, dan Wakaf Pahang telah berjaya menganjurkan Program Khairul Ummah bertajuk Bual Bicara: “Zakat dan Wakaf Dalam Masyarakat” pada Rabu malam selepas solat Maghrib.
Program ini menampilkan dua panel berpengalaman, iaitu Ustaz Muhamad Juhairi Wafi Ahmad, Pengurus MUIP Jerantut, dan Ustaz Fariduddin Mohd Salleh dari Unit Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang. Sesi perbincangan dikendalikan oleh Ustaz Mustakim Muslim Yubaithullah, Pegawai Dakwah MUIP Raub, sebagai moderator.

Antara inti pati perbincangan ialah bagaimana zakat dan wakaf dapat menjadi alat utama dalam membantu masyarakat, khususnya dalam aspek agama, pendidikan, kesihatan, sosial dan ekonomi. Penekanan turut diberikan kepada peranan setiap individu dalam memperkasakan kedua-dua instrumen ini demi kebaikan ummah.
Program ini turut mengagihkan pek barangan keperluan kepada golongan asnaf di kariah tersebut. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mereka sekaligus menunjukkan kepentingan amal jariah dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif.
Program seperti ini bukan sahaja membuka ruang diskusi yang bermanfaat, malah mengeratkan hubungan antara institusi agama dan masyarakat, sesuai dengan semangat Islam sebagai agama rahmatan lil alamin.at kerjasama dalam membina masyarakat yang sejahtera melalui amalan zakat dan wakaf.