KUANTAN, 3 APRIL 2024 – ‘Ramadhanmu Bersamaku’ merupakan program yang diadakan bagi menyemarakkan ibadah dan prihatin di bulan Ramadan dengan berkongsi rezki bersama golongan yang kurang bernasib baik diadakan di beberapa kawasan Lebuhraya Pantai Timur bermula dari tol Gambang sehingga ke tol Karak.
Program kali kedua yang dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang dengan diketuai oleh Pengurus Besar Kanannya, Dato’ Hj. Halidan Md Daud bersama kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan. Ini merupakan usaha berterusan Zakat dan Wakaf Pahang untuk berada bersama-sama masyarakat dalam menawarkan perkhidmatannya. Program ini turut disertai oleh Anih Berhad yang diketuai oleh En. Zulfadli dan Puan Zaimawar.
Memeriahkan lagi program prihatin ini ialah pemilik dan pengusaha stesyen minyak Shell yang diketuai oleh Puan Muzlina, Pengurus Shell By Pass Bukit Rangin beserta rakan-rakan dari stesyen-stesyen Shell di sekitar Kuantan dan Muadzam Shah. Turut memberikan sumbangan adalah Persatuan Bulan Sabit Merah negeri Pahang yang diketuai olehNaib Pengerusi, Dato’ Wan Norehan Wan Abd Rahman.
Rombongan program ini berhenti di setiap hentian dan ‘Exit’ tol sambil menyampaikan lebih daripada 200 pek barang keperluan kepada kakitangan Anih Bhd yang kurang bernasib baik. Program Ramadhanmu Bersamaku berakhir dengan edaran pek makanan berbuka di tol Gambang Kuantan.