Seminar Zakat dan Wakaf di Politeknik Sultan Ahmad Shah

Kuantan, 3 September 2024 – Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan hari ini menganjurkan Seminar Zakat dan Wakaf yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai wakaf dalam kalangan peserta. Seminar ini menyediakan platform penting untuk membincangkan peranan dan manfaat wakaf dalam masyarakat moden.

Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh telah dijemput sebagai penceramah utama untuk memberi taklimat mengenai wakaf. Beliau menerangkan secara mendalam tentang konsep wakaf, sejarahnya, serta jenis-jenis wakaf seperti wakaf tunai, harta, dan tanah. Peserta juga diberi pendedahan tentang prosedur melakukan wakaf, manfaatnya kepada individu dan masyarakat, serta contoh kes wakaf berjaya yang telah memberikan impak positif.

Seminar ini membincangkan bagaimana wakaf boleh menyokong sektor pendidikan dan pembangunan masyarakat secara keseluruhan. Selain itu, peserta akan memahami lebih lanjut tentang proses dan dokumen yang diperlukan untuk melakukan wakaf, memudahkan penyertaan individu dan organisasi.

Dengan tema “Pelaksaan Wakaf di Negeri Pahang,” seminar ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pihak untuk terlibat dalam aktiviti wakaf, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat secara luas.

Semoga seminar ini memberikan pencerahan dan inspirasi kepada semua peserta dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan bersama.